Maafla andai ada yang berkecil hati dengan entry ni.
Bukan niat untuk mengata sesiapa atau memperlekahkan.
Tapi saya tak dapat menahan niat untuk menaip cerita ini.
Saya dah bosan dengan orang-orang yang mengajak saya join business.
Saya tiada masalah dengan kawan-kawan yang membuat business
online, samaada menjual baju, photography, rantai, shawl, door gift
or anything else yang nampak di mata dan HALAL semestinya pendapatan itu.
Tapi saya sangat anti dan kurang berkenan dengan business MLM
atau Multi-level Marketing.
Yang kena melabur wang dengan jumlah yang agak banyak.
Ada yang memang nampak barang yang dijual setelah kita membayar
sejumlah wang itu. Ada yang haram tak nampak barang.
Then kena mencari orang bawah sekurang-kurangnya 2 orang.
Pastu mencari lagi 2 orang di bawah 'anak' diorg itu.
Contohnya camni la.
Sumber dari GOOGLE |
Dengan mencari orang di bawah kita, cukup 4 level kita dah boleh
goyang kaki. Duit akan masuk tiap-tiap bulan.
Maaf nak cakap la.. ''Tiada jalan mudah untuk mendapatkan wang, melainkan wang yang tak halal''
Bercerita melalui pengalaman saya sendiri.
Berlaku beberapa bulan selepas saya berkahwin.
Kawan hubby call, sms ajak jumpa.
Alasannya dah lama tak jumpa dan nak kenalkan saya kepada wifenya.
Syaratnya kena bawa saya bersama.
Memang saya dan hubby tak fikir apa-apa.
Ye lah kawan-kawan nak jumpa. Mungkin saja-saja nak lepak, makan.
Saya dan hubby lepas keje terus gerak ke tempat pertemuaan yang dijanjikan.
Tiba di sana, kawan hubby dah sampai.
Bukan sorang tapi ada 3 orang. 2 kawan hubby. Sorang tak dikenali.
Wife mereka langsung tiada.
Lepas order air, kawan hubby mula la buka file.
Tanya either kami berminat atau tak dengan business.
Hubby memang minat business.
So, dia la yang banyak layan mereka. Saya senyap je.
Lepas setengah jam baru lah dia mulakan MLM nye..
Tanya gaji saya berapa. Tunjukkan slip booking kereta mewah mereka.
bla bla bla.. Banyak yang saya dah tak ingat.
Lepas 2 jam barulah dia mention apakah nama companynya.
Beserta gambar mereka yang dah berjaya.
Mestila semua yang berjaya tu posing depan kereta mereka.
Then bentang lak syarat-syaratnya.
Saya kena buat loan 20k dengan bank pilihan mereka.
Kenapa saya? sebab saya keje government.
Hubby keje private. So, tau dah kenapa diorg cakap saya kena bawa wife datang.
Cara diorang bercakap memang nampak meyakinkan.
Memang nampak menarik dan akan buat kita tertarik.
Dan saya mengaku yang saya dah 50:50.
Hubby memang dah 80%. Tapi disebabkan keputusan di tangan saya dia suruh saya decide.
Saya mintak masa untuk bincang pasal ni.
Kami akan gtau decision later.
Ok, diorg bagi masa 3 hari untuk bagi keputusan.
Kalau kami senyap, diorang paham.
Dan pesanan mereka jangan beritahu orang lain pasal ni.
Kalau dah buat business haruslah sebarkan ye tak?
Baru ramai nak membeli.
Ni senyap-senyap lak. Ye lah nanti terbongkar rahsia mereka.
Dalam kereta, baru lah kami berdua macam baru tersedar dari mimpi.
Dan saya decide BIG NO. Saya nak beli rumah nanti.
Tak nak terikat dengan loan yang duitnya tak dapat kat tangan saya.
Tapi sedekah kat orang lain.
Saya berkongsi cerita ni dengan teman sekerja saya.
Dia pun rupanya dah dijemput masuk. Kawannya ajak makan.
Then cerita pasal business yang sama macam saya kena.
Dia lak baru wat loan untuk kahwin. So dia reject gak la.
Ada teman saya juga, terpengaruh dgn MLM ni.
Wat loan 20k. Dapat la dalam 10 barang.
Dia malas cari orang. Upline dia pun miskin gak.
Lastly dia jual barang-barang tu pada kawan maknya.
Dia mintak diorg bayar ansuran.
Memang dia cakap menyesal gila. Gaji potong hampir 1k every month.
And lately ada lagi dengar desas desus MLM ni.
Dengan ayat mereka ''tak payah jual barang, peluang menambah pendapatan''
Saya cakap pada yang ajak saya tu ''Saya suka kerja makan gaji, saya benci buat business''
Hehehehe... Senyap terus orang yang ajak tu.
Maaf ye.. Panjang lebar entry saya ni.
Itu pun ada lagi pengalaman saya yang lum saya cerita.
Thanks for reading
Wassalam
aku penah kena..
ReplyDeleteaku penah kena..
phewwwww.. menyampah..
menyampah kan babe? rasa nak penggal kepala mereka TT__TT
ReplyDeletelagipn ianya riba..makan duit org lain..syubahat
ReplyDelete