Thursday, March 8, 2012

Paper Bag part 2


Assalamualaikum

Entry INI ada cerita pasal saya mencari paper bag.
Dan beberapa sumber yang menjual paper bag.

Ada la jugak selidik sekitar Pulau Pinang ni di mana ada jual.
Saya dah berkunjung ke kilang yang beberapa B2B dah mention.
Harganya boleh tahan.

Rupanya nak beli brown paper bag senang je.
Pergi je ke kedai yang supply barang frozen, mesti ada.
Tanya la yang menjual burger, mesti tau mana lokasi kedai mereka beli daging burger, roti etc.
Kedai dekat rumah saya ni dapat harga RM 4.20 = 100 pcs
Thanks to Anon yg komen kat entry saya yang lepas yang mention ''Kulim Burger'' juga ada jual
dengan harga RM 3.50
Saya dah berjaya jumpa kedai tu tapi malangnya kedai tu tutup masa saya pergi.
So, belum confirm la harganya.

*saya update gambar yg saya jumpa sbb ada yg email bertanya pasal location Kulim burger
Kulim burger terletak di Bertam, Kepala Batas BUKAN DI KULIM ye..
(dulu saya ingat kat kulim gak =.=)


Saya merujuk peta ni masa nak mencari lokasi Kulim Burger.
Senang cerita Cari Hospital Kepala Batas (HKB).
HKB di sebelah kiri.
Drive kedepan lagi. Jumpa simpang 4 traffic light.
Belok Kanan. Kulim burger di sebelah kanan.
Kedainya memang tepi jalan bersama sign board seperti di bawah.
Sign board nye agak besar.
Harap ini dapat membantu pada yang bertanya saya lokasi Kulim Burger ye.

Ada juga yang beritahu MYDIN juga ada jual - RM 3.20 
So, belum decide nak beli di mana.
Hubby suruh beli je yg kedai dekat rumah tu.
Beza berapa sen je nak banding dengan duit minyak kereta dan tol T___T

Kesimpulannya, saya senarai kedai yang menjual brown paper bag di Pulau Pinang
(ini adalah senarai harga semasa saya mengunjungi kedai / pasaraya tersebut. Harganya mungkin berubah dari masa ke masa)

** paper bag ni nipis je, xde tapak. Biasa orang jual keropok lekor atau goreng pisang

1. Kedai supply barang frozen

2. PPH PAPER PRODUCTS SDN BHD
Plot 468 & 482, Jalan Perusahaan Baru
Prai Industrial Estate, 13600 Prai, Penang, Malaysia
Tel: 604-3999508
Fax: 604-3994073
H/P: 6012-4840295
Email: solutions@pph.com.my
500 pcs - RM 40 (mengikut harga pada laman web)

3. Kulim Burger - 100 pcs - RM 3.50 (not confirm)

4. Lai Lai Mini Market, BandarPerda - 100 pcs - RM 4.20

5. Kedai supply barang burger depan Nasi Kandar Subaidah, Bagan Ajam
100 pcs - RM 4.20

6. Mydin - 100 pcs - RM3.20
*ini adalah harga yang saya beli semasa ke kedai / pasaraya tersebut.
Mungkin harganya berbeza ketika anda kesana.
Saya tidak akan bertanggungjawab sekiranya anda membeli dengan harga yang lebih mahal.

Beberapa minggu ni masa terluang dirumah dihabiskan menggentel benda alah ni

Beli 2 gulung je hari tu.. Sudah habis buat 2 gulung.. Berjaya terhasil kurang dari 100 +_+
Tapi serious buruk hasil kerjaku ini T_______T



Hajat di hati nak membuat cam ni sahaja 




Then hubby lak nak buat corak-corak atas tu macam gambar bawah ni


 Dari survey di blog B2B harga puncher tu sangat la mahal.
Ada yang RM70++
Nak senang pakai je gunting yang ketak-ketak tu..


 Actually gunting pun dah ada bermacam corak sekarang.
Then terjumpa punch ini


Kecik la sikit banding ngan gambar atas tu.
Tapi lebih murah (itu yang penting) RM 9.90 je
Tapi tak beli pun lagi.. hehhehe..
Kebetulan terjumpa, so snap pic dan share disini ^_^

Masih terfikir-fikir mampu ke saya menyiapkan DIY paper bag 1000 pcs?
Tengah MC ni gigih la kot.
Dah start kerja ni?? Owh tidak mungkin..
Silap-silap blog pun sebulan sekali update.
Jom, google resepi nak masak hari ini
(makan keli goreng kat luar pun sedap ni +_+)
Sekian


12 comments:

  1. Sapa tunang weh Wana?
    Aku cilok gambar dr google je T___T

    ReplyDelete
  2. sis,'kulim burger' 2 kt ne?

    ReplyDelete
  3. kulim burger dekat bertam, kepala batas. kedai tepi jalan. tau hospital kepala batas.
    Camni, HKB belah kiri. depan sikit ada traffic light simpang 4. Kulim burger amik kanan. kedai tu belah kanan. mmg besar sign board nye. kedai supply brg frozen.

    ReplyDelete
  4. mana nk dapat puncher bercorak tu ye???
    sbb terasa nk wat diy jg.. baru keja xckop wit lagi mk yempah dr org,... hehe...

    ReplyDelete
  5. Anon - kedai buku, jual alat tulis ada jual. Saya pernah jumpa jual di jusco area stationary, di Popular juga ada dijual. Harap dapat membantu :)

    ReplyDelete
  6. salam sis..nk tnya kat ne sis beli stapler yg corak2 tu..

    ReplyDelete
  7. salam sis..nk tnya kat ne sis beli stapler yg corak2 tu..

    ReplyDelete
  8. widad - jusco ada jual. pegi bahagian stationary.. side yg jual gunting. punch hole segala bagai tu.. di popular pon ada.

    ReplyDelete
  9. salam..berkenannya puncher kaler putih tu..kat mana nak beli..boleh x bg address blog b2b tu

    ReplyDelete
  10. salam sis.kt mne ye jual punch bercorak2 tu...

    ReplyDelete
  11. mn nk cri puncher tu?

    ReplyDelete

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...