Salam..
Selamat hari Ahad (^__^)y
Seperti tajuk entry ni, minggu ni memang minggu yang mencabar dan penuh dugaan bagi saya. Bermula dengan adik saya tercedera seperti di ENTRY INI pada hari Isnin kemudian hari Rabu nya pula jam 4 pagi ayah saya dimasukkan ke CCU (Cardio Care Unit) akibat serangan jantung buat kali ke5 dalam jangka masa 2 bulan. Hidup saya dan suami menjadi super busy. Pagi perlu menghantar adik bongsu saya ke sekolah. Kemudian membawa adik kedua saya ke klinik untuk cuci luka di kakinya (dressing). Then bawa emak saya ke Hospital dan menghantar pulang selepas waktu melawat. Hari bekerja hubby saya yang menjadi pemandu walaupun dia bekerja malam. Waktu tidurnya sebentar cuma. T_____T
Selepas jam 5 saya yang mengambil alih tugas hubby sebagai pemandu ahli keluarga saya. Kemudian hari sabtu saya pula yang menjadi pemandu walau hubby nak juga teman saya. Kesana sini kami dengan menghantar adik saya ke tution, menyelesaikan kerja ayah yang tertangguh, membawa emak dan adik ke hospital melawat ayah. Jam 9 malam baru lah saya berada di rumah.
Bayangkan bagaimana lintang pukangnya rumah saya akibat seminggu ini berkejar ke sana sini. Masak ke mengemas ke basuh pinggan ke basuh baju ke memang tak la. Nasib la hubby banyak menolong. Saya basuh baju sebelum ke tempat kerja, hubby bantu sidai baju dan basuh pinggan. Kadang-kadang sekali masak. Thanks so much Sayang.
So semalam memang iron baju secara pukal. Sambil menonton Mania Final (sempat lagi tu ^__^) saya iron stock uniform untuk seminggu bekerja di depan televisyen. Khamis nanti nak ke KL pula untuk majlis pernikahan dan perkahwinan abang Hubby. Kemudian terkejar pulang untuk majlis side rumah in law pula pada 2 Jun. Isnin nye pula, 4 Jun perlu membawa ayah saya ke IJN semula untuk perbincangan tentang Bypass ayah.
Sungguh banyak perkara yang saya perlu selesaikan since tamat MC ini. Moga saya dan hubby dikurniakan kesihatan yang maksimum untuk menguruskan keluarga kami.
Sampai di sini sahaja. Terima kasih kerana singgah di sini dan membaca coretan saya. Perlu ke rumah keluarga saya untuk uruskan hal lain.
Adios~
No comments:
Post a Comment
Thanks :)