Novel Adiwarna ke 5 saya dan buah tangan ke dua dari Iqbal Syarie yang telah saya baca. Penuh dengan dakwah didalamnya. Harus membaca dengan teliti dan santai supaya ilmu yang di terapkan dapat di fahami. Alhamdulillah banyak benda baru saya dapat belajar daripada novel ini.
Sinopsis
Akiff , pemuda yang kematian kesemua ahli keluarganya dalam nahas kapal terbang. Tinggal bersama datuk dan neneknya dan mula menghayati Islam dengan bantuan sepupunya, Fatihin. Mula sukakan Diana di bangku sekolah lagi kerana ciri-ciri muslimah padanya. Namun dia kecewa apabila melihat Diana sudah berubah menjadi 'moden' di KPP. Tanpa pertanyaan dia terus menghukum Diana sehingga gadis itu berkecil hati dan membawa diri ke Scotland untuk tinggal bersama datuk, nenek dan adik-adiknya setelah ayahnya di penjara kerana membunuh ibu mereka.
Di KPP, teman sebilik Akiff iaitu Ben sangat culas mengerjakan perintahNya dan Akiff berusaha mengajak sehinggalah Ben kembali sujud padaNya setelah penceraian ibu bapanya dan itu mengubah 100% hidup Ben.
Diana bekenalan dengan Fatihin di Scotland ketika pemuda itu melancong. Pemuda yang belajar di Jordan itu sentiasa menjadi rujukan Diana apabila dia merasakan bahawa datuk dan neneknya dalam usaha menarik mereka 3 beradik kepada agama kristian.
Diana mengambil keputusan pulang ke Malaysia dan belajar di KUIS. Dengan bantuan Eva bekas teman sebilik Diana di KPP Akiff berjaya merisik Diana dan meminta Diana menunggunya pulang jika Diana masih belum berteman.
Banyak yang saya ringkaskan di sini.. Banyak sangat dakwah dan aktiviti keagamaan di dalam ni.
Sampai di sini saja.
No comments:
Post a Comment
Thanks :)