Showing posts with label iqbal syarie. Show all posts
Showing posts with label iqbal syarie. Show all posts

Sunday, May 27, 2012

Review novel : Transit Cinta

Salam..
Novel Adiwarna ke 5 saya dan buah tangan ke dua dari Iqbal Syarie yang telah saya baca. Penuh dengan dakwah didalamnya. Harus membaca dengan teliti dan santai supaya ilmu yang di terapkan dapat di fahami. Alhamdulillah banyak benda baru saya dapat belajar daripada novel ini.

Sinopsis

Akiff , pemuda yang kematian kesemua ahli keluarganya dalam nahas kapal terbang. Tinggal bersama datuk dan neneknya dan mula menghayati Islam dengan bantuan sepupunya, Fatihin. Mula sukakan Diana di bangku sekolah lagi kerana ciri-ciri muslimah padanya. Namun dia kecewa apabila melihat Diana sudah berubah menjadi 'moden' di KPP. Tanpa pertanyaan dia terus menghukum Diana sehingga gadis itu berkecil hati dan membawa diri ke Scotland untuk tinggal bersama datuk, nenek dan adik-adiknya setelah ayahnya di penjara kerana membunuh ibu mereka.

Di KPP, teman sebilik Akiff iaitu Ben sangat culas mengerjakan perintahNya dan Akiff berusaha mengajak sehinggalah Ben kembali sujud padaNya setelah penceraian ibu bapanya dan itu mengubah 100% hidup Ben.
Diana bekenalan dengan Fatihin di Scotland ketika pemuda itu melancong. Pemuda yang belajar di Jordan itu sentiasa menjadi rujukan Diana apabila dia merasakan bahawa datuk dan neneknya dalam usaha menarik mereka 3 beradik kepada agama kristian.

Diana mengambil keputusan pulang ke Malaysia dan belajar di KUIS. Dengan bantuan Eva bekas teman sebilik Diana di KPP Akiff berjaya merisik Diana dan meminta Diana menunggunya pulang jika Diana masih belum berteman. 

Banyak yang saya ringkaskan di sini.. Banyak sangat dakwah dan aktiviti keagamaan di dalam ni.
Sampai di sini saja.

Thursday, March 29, 2012

Novel!!

Last week dapat gaji terus borong ini. Sekali isnin lepas dapat berita ****.
Padan muka aku. Kan dah habis duit.
Dah la banyak nak pakai duit.
Mau bersawang semua novel ni akibat takde masa nak membaca.
Sabar Miza.. Semua yang berlaku ada hikmahnya +_+

Thursday, December 8, 2011

review novel : Dia yang kunikahi

Salam..
Sudah 2 malam pening kepala. Nak taip cepat2 then tido.
So this entry nak review ttg novel ni.



Sudah abis baca semlam.
Saya ambil masa 2 mgu untuk habiskan.
Buku ini mmg mendapat +ve review dr teman2 dan
saya menunggu hampir 3 bulan untuk jumpa buku ni di Pulau Pinang,
nipis saja buku ni.
Penuh dengan ilmu agama. Memang sangat bagus membaca.

Sinopsis

Mengisahkan tentang Johari, pemuda alim yang mencari calon isteri yang solehah.
Dia nak sangat memperisterikan Nasuha. Gadis yang menjadi cinta monyet di sekolah dahulu.
Johari lost contact dgn Nasuha. Bila dpt alamat Nasuha terus pergi merisik.
Malangnya Nasuha sudah bertunang. Kebetulan tunang Nasuha kenalan Johari
semasa belajar di Jordan dahulu iaitu Azzam.
Kemudian ibu dan ayahnya berniat hendak menjodohkan Johari dengan Aisyah. Teman Johari ketika kecil.
Aisyah agak liar. Belajar pula di luar negara.
Setelah pulang ke Malaysia dan bekerja, tiba2 Aisyah mendapat hidayah dan berubah.
Aisyah sukakan Johari tapi merasakan dirinya tidak layak.
Setelah istikharah, Johari bersetuju menerima Aisyah.
Azzam berjanji untuk hadir ke walimah Johari.
Malangnya dia kemalangan dan meninggal semasa pembedahan.
Azzam minta Johari untuk mengahwini Nasuha.
Akhirnya Johari ada 2 isteri.

Sekian. Habis satu novel saya story ^__^
Permulaan agak lambat pada saya kemudian ending agak cepat.
Saya tertanya - tanya kenapa Johari tidak memberikan buku yang dah dibeli untuk isterinya.
Mungkin sebab penulisnya lelaki, kurang teliti sikit.
Hanya pandangan saya.
Enjoy reading
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...