Monday, May 7, 2012

Rutin harian

Salam..
Moga semua sihat hendaknya ^___^
Meh nak cerita rutin harian saya sekarang.
Dulu-dulu tak nak cerita.. Untungnya saya sebab pernah menjadi isteri yang kerja syif.
Kemudian jadi isteri sepenuh masa selama 9 bulan.
Dan sekarang isteri yang bekerja normal iai 8-5.
Husband je yang masih bekerja syif.

Bangun pagi, pergi kerja macam biasa la setiap hari Isnin hingga Jumaat.
Dalam 5.30 petang sampai rumah terus berehat.
Kalau larat bangun masak untuk makan malam,
kalau tak pesan suruh encik abang beli.
Lepas tu basuh la pinggan mangkuk. kemas rumah, basuh baju, iron uniform kalau belum.
Malam kul 9, 10 malam dah lena.

Weekend lak banyak membuat kerja rumah.
Iron semua stok uniform yang dah basuh kering untuk stok seminggu kerja.
Lipat baju sambil tengok tv {^__^} Sapu rumah, mop lantai.
Masak, blend stok-stok garlic, cili kering.

Dah settle semua pegang laptop dan update blog.
Siap-siap buat entry untuk seminggu. (kalau ada idea la)
Blogwalking dan jumping sana sini.
ini bukan gambar saya :P
Setel semua layan televisyen. Kalau takde cerita best pegang novel.
Itu aktiviti kalau weekend hubby keje.
Kalau weekend yang hubby cuti tak berkemas la rumah.
Jenguk in law, parent, pergi kenduri, rumah sedara, dating dan lain - lain lagi.
Sekian sahaja bebelan saya ^_____^

2 comments:

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...