Showing posts with label susu ibu. Show all posts
Showing posts with label susu ibu. Show all posts

Friday, August 10, 2018

World Breastfeeding Week 2018


*2018 World Breastfeeding Week Celebration*
Breastfeeding: Foundation of Life
**********************
* Breaking of Malaysia Book of Records for 15 minutes of nation-wide simultaneous breastfeeding (pre-registration required)
* Launching of the "Making Penang Breastfeeding Friendly (MPBF)" initiative
* Baby and Daddy crawling contest
* Kangaroo-Care Family team contest
* Children's corner
* Education & Activity Booths
~~~~~~~~~~~~~~
📆 Date: Sunday, 5 August 2018
🕢 Time: 11.00am-5.00pm
🏠 Venue: The TOP Grand Ballroom, Komtar, PENANG
**Early Bird Registration: First 300 registered mothers for breaking the Malaysia Book of Records program in Penang will get one nursing apron and 1 box nursing pad**

Saya register untuk event di atas dengan bayaran RM20 atas keizinan suami. Bayangan di kepala saya macam kursus atau conferense yang pernah saya hadiri sepanjang bertugas.



3 hari sebelum tarikh event, saya hubungi person in charge yang nombor telefonnya ada di poster. Katanya majlis ditunda di sebabkan HFMD dan dia dah inform saya melalui whatsapp tapi saya tak terima apa² info. Lepas berbual dengannya selama 10 minit, majlis masih berjalan, yang di tunda adalah event untuk breaking Malaysia Book of Records. Di sebabkan itu di lancarkan serentak 1 Malaysia, ada negeri di serang wabak HFMD, kena tunda. Acara lain masih ada dan siapa yang pergi bawa anak atas risiko sendiri.


Kami sampai dalam 11 pagi. Daftar nama dahulu dan ketika masuk di pintu utama saya di sambut oleh beberapa orang gadis. Mereka ajak kami ke booth mereka untuk sertai kuiz dan game. Saya join dan seronoknya kalah ke menang dapat hadiah. Banyak booth ada dari pelbagai NGO dan beberapa hospital swasta yang breastfeeding friendly.


Game untuk kanak-kanak pun ada. Anas join sand art. Lepas siap buat sand art dapat hadiah lagi. Badut pun ada bagi belon kat kanak-kanak. Anas dan Auni seronok sungguh. Merata-rata lari dan pusing keliling dewan. Husband daftar nama nak join pertandingan tukar diapers. Tunggu perasmian dari CM sampai 1 petang. Sudahnya husband ajak keluar.


Monday, June 18, 2012

Breast Feeding

Salam..
Minggu lepas saya ada menghadiri kursus tentang breast feeding (BF). So nak share ilmu di sini. Saya highlight kan mana yang penting je.

  • Harus mulakan BF A.S.A.P dan diteruskan sehingga bayi berusia 2 tahun.
  • Untuk 6 bulan pertama, bayi hanya di beri susu ibu. Air masak TIDAK DIBENARKAN
  • Makanan pelengkap bayi di mulakan setelah bayi berusia 7 bulan.
  • 1 - 7 August minggu BF sedunia
  • Selepas baby BF one side of breast, another side kena perah dan simpan.
  • Make sure baby hisap di areola not nipple, kalau tak nipple merekah.
  • Penggunaan pump yang speed kuat juga boleh menyebabkan nipple merekah.
  • Sapu susu ibu selepas BF, susu bertindak sebagai moisturizar.
  • Letak hot towel atas breast bagi mengurangkan sakit.
  • Jangan guna sabun, lotion pada nipple dan breast.

Hospital sekarang melancarkan kempen ''Hospital Rakan Bayi'' iaitu ibu yang bersalin hanyalah memberi bayinya susu ibu SAHAJA melainkan kes-kes yang tak dapat di elakkan. Antaranya menggalakkan ''skin to skin'' iaitu sebaik sahaja bayi di lahirkan, bayi diletakkan terus di atas badan ibu. Antara kelebihannya

  • Dapat tenangkan baby dan stabilkan denyutan jantung dan pernafasan baby.
  • Memanaskan baby melalui kehangatan badan ibu.
  • Bantu stabilkan glukos dalam darah.
  • Membolehkan usus bayi di kolonisasikan oleh bakteria normal di badan ibu.
Cara perah susu dan kaedah penyimpanannya. Saya ceritakan secara ringkas sebab info pasal ni dah banyak di internet.

  • Tuam panas breast selama 3-5 minit sebelum perah. Tenangkan fikiran, bayangkan wajah baby supaya hormon oxytoxin lebih banyak produce.
  • Simpan susu dalam bekas yang bersih, tertutup dan dilabel tarikh dan masa di perah.
  • Guna susu yang di perah lebih awal. 
  • Jangan campur dengan susu yang di perah pada tarikh dan waktu yang lain.

Storage

  • Peti sejuk 2 pintu - susu di bahagian freezer tahan 3 bulan
  • Peti sejuk 1 pintu - susu di bahagian freezer tahan 2 minggu
  • Jika di simpan bahagian cooler tahan 1 minggu
  • Suhu bilik tahan 4 jam
  • Bilik yang aircond tahan 8 jam
  • Jika susu yang di bekukan, kuar dari freezer letak bahagian bawah peti sejuk semalaman. Ini boleh di gunakan selama 24 jam.
  • Susu yang telah di panaskan boleh digunakan dalam masa 1 jam dan tak boleh di simpan balik dalam fridge.
  • Jangan panaskan susu menggunakan microwave atau dapur.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...