Kejap je rasa dah sampai ke penghujung Ramadhan dan semakin menghampiri Syawal. Alhamdulillah saya masih mampu berpuasa walaupun banyak dugaan Ramadhan kali ini. Marilah kita berlumba-lumba mengerjakan Ibadah di penghujung Ramadhan ini. Moga kita dapat bertemu dengan malam Lailatul Qadar.
Bagaimana dengan persiapan menyambut Aidilfitri? Saya dan suami tidak lah berhabisan. Baju pun recycle mana yang ada je. Saya hanya membeli kek sahaja untuk di hantar ke rumah keluarga saya dan mentua. Tahun ni InsyaAllah beraya di rumah mentua. Alhamdulillah rumah mentua dan rumah keluarga saya tidak la jauh sangat walaupun berbeza negeri. Perak dan Penang. Jarak perjalanan hanya 45 minit.
Yang paling bestnya tahun ni saya tak perlu makan hati atau kecil hati akibat terpaksa bekerja di hari raya.
No comments:
Post a Comment
Thanks :)