Sinopsis
Ann berusia lewat 20an masih bujang dan telah menjalin hubungan dengan Hanif sejak dari Universiti. Hanif sebagai anak sulung mahu stabilkan ekonomi sendiri dan membantu adik-adiknya sebelum menamatkan zaman bujang. Ann pula rimas dengan pertanyaan ayahnya dan Mak cik Som, jiran di kampungnya tentang kisah jodohnya. Hanif mengambil keputusan untuk bekerja di Dubai bagi membaiki kehidupannya dengan janji akan mengahwini Ann sebelum Ann menginjak umur 30 tahun.
Apabila ayah Ann di serang stroke dan desakan Mak Cik Som untuk menjodohkannya dengan duda anak 3 menyebabkan Ann meminta Hanif pulang ke Malaysia untuk berbincang hal mereka tetapi Hanif ke Mekah menjenguk ibi bapanya dan ini menyebabkan Ann marah dan merajuk dengan Hanif sehingga mengabaikan email, call dan sms Hanif. Duda anak 3 mengajak Ann keluar makan bersama anak bongsunya dan Ann terpaksa keluar dengan mereka dan tidak berminat dengan Duda tersebut tambahan pula anaknya merayu agar dia tidak mengahwini abahnya.
Sepupunya, Mustaqim mula jadi matchmaker dengan mengenalkan bekas bos nya untuk Ann, Dalam keadaan terdesak Ann setuju untuk keluar dengan duda yang sudah 2 kali berkahwin malangnya duda tersebut tidak tahu muslihat Mustaqim dan dia berterus terang dengan Ann. Kemudian Ann di perkenalkan pula dengan Amran Faiz juga bekas bos Mustaqim dan mereka selalu terserempak. Ann pernah ternampak Amran bersama seorang wanita dan anak kecil yang memanggilnya ''papa'' dan itu membantutkan niatnya untuk mengenali Amran dengan lebih lanjut walau lelaki itu tidak putus menghubunginya.
Kemudian kehadiran Desmond yang juga jatuh hati pada Ann mengikut pendapat Yus teman baik Ann sehingga mendorong lelaki itu memeluk agama Islam. Desmond dan Ann tidak pernah sebulu. Kemunculan Hanif yang pulang bercuti ke Malaysia dan ingin menyunting Ann tetapi hati Ann masih terluka dengan Hanif yang tidak menepati janjinya. Siapakah yang menjadi pilihan Ann?
Saturday, August 11, 2012
Review novel : Mr Right Buat Ann
Novel ni bukan la dalam ''recommend'' dari sesiapa yang pernah baca. Tapi tak tau kenapa saya sambar juga novel ni masa ke Minerva, KL. Saya pernah baca karya Ruby Hazri dan tidak mengecewakan saya. Maka saya berharap novel ini juga seperti novel sebelumnya. Setelah habis membaca, pendapat saya ok la untuk di baca waktu bosan. Saya ambil masa 3 hari untuk habiskan. dapat la dala 2.4 bintang. Banyak watak dalam novel ni sampai saya pening dan kena belek balik muka surat depan dan beberapa kesalahan typing. Nama bertukar, kejap Hanif kejap Amran. Lepas tu kisah anak Mak Som macam tergantung. Tiba-tiba je masuk adengan anaknya kena pukul dan tamat di situ.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Thanks :)