Monday, August 6, 2012

Review novel - Cinta Edisi Terhad

Salam..
Sepanjang pembacaan novel ini saya berasa lapar dan terliur. Sudah la di bulan puasa. Kak Lynn banyak betul letak babak pasal makanan. Craving ok. Hehehehe... Kali ni kak Lynn tambah thriller di samping kisah cinta. Seperti biasa, karya kak Lyn tidak menghampakan. Ini last novel Kak Lynn yang ada dalam simpanan saya yang selesai di khatam. Tak sabar nak tunggu hasil terbaru Kak Lynn. Karya kak Lynn semuanya 'edisi susah letak'

Sinopsis

Julia, Zira dan Haida antara mangsa runtuhan bangunan. Mereka berkenalan semasa menunggu mereka di selamatkan sambil menceritakan kisah hidup mereka. Julia yang kecewa dengan kecurangan suaminya, Haida yang mahu memutuskan pertunangan  dan Zira yang misteri. Setelah mereka di selamatkan, Julia dan Zira meneruskan hubungan silaturrahim tetapi Zira menghilangkan diri, cuma meninggalkan hadiah serta wang kepada Julia dan Haida.

Setelah keluar dari hospital Julia nekad untuk pulang ke kampung selepas mengetahui berita kematian ibunya semasa dia terperangkap dalam runtuhan bangunan. Malangnya dia di cerai oleh suaminya saat dia keluar dari rumah. Manakala Haida nekad meletak jawatan kerana tidak mahu di ganggu oleh Faris, tunangnya yang di rasakan tidak layak untuknya. Zira pula sering di ganggu oleh Qairil yang ingin berkawan dengannya.

Haida ke kampung Julia dan mereka berganding bahu mengusahakan homestay di Pulau Tioman. Faris terus menjejaki Haida dan setelah berbincang tentang masalah Haida, Faris masih mahu mengahwini Haida. Julia di ganggu oleh bekas suaminya yang mahu mereka rujuk semula. Zira pula di ganggu oleh kekasih Qairil dan melarikan diri ke homestay Julia dan Haida. Dan hubungan mereka semakin erat.

Kemunculan Taufiq sebagai pelindung mereka bertiga mengeruhkan keadaan. Mereka tidak mengenalinya tetapi Taufiq dengan rela hati membalas dendam bagi pihak Julia ke atas bekas suaminya. Apakah kesudahan hubungan mereka? Apakah masalah sebenar Haida yang tidak mahu mengahwini Faris? Dapatkah Zira melembutkan hatinya yang telah keras akibat dari kenangan zaman kecilnya? Apakah yang terjadi pada bekas suami Julia? Adakah mereka rujuk kembali?

3 comments:

  1. hamboihhh . malangnya , kurang beminat bca buku tetebal gitu . hehehhh

    ReplyDelete
  2. FatihahRadzi - tidak terlalu tebal bagi pendapat saya kalau nak banding Awak suka Saya tak? yang bezanya 3x ganda :)

    ReplyDelete
  3. Suka novel ni sebab ada part lokasi di gunung kinabalu

    sorry erk...byk pula sy terkomen di blog awk ni..hehe

    ReplyDelete

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...