Saturday, August 4, 2012

Review novel : Tarikh Luput Cinta

Salam..
Ini karya kak Lynn Dayana yang ke tiga. Mujur masih di jual di kedai buku sekitar sini walaupun terbitannya sudah lama. Sejak jatuh hati dengan karya kak Lynn, memang berusaha nak kumpul kan semuanya tapi masih belum cukup 1. Tak tau dah nak cari kat mana. Karya kak Lynn memang berbaloi di baca. Bahasa nya mudah paham dan kena dengan jiwa saya. Moga kak Lynn terus sihat untuk menghasilkan karya-karya baru. :)


Sinopsis

Airel, Imanina dan Rezzal bersaing untuk merebut harta bernilai RM22.5 juta. Masing-masing punya masalah di tempat kerja dahulu Airel dituduh pecah amanah. Rezzah di tangkap khalwat bersama pelajarnya yang cuba memerangkapnya, Imanina di tukar ke tempat kerja yang lain. Lalu mereka terjebak menandatangani kontrak perebutan harta itu. Mereka tidak mengenali antara satu sama lain. Airel dan Imanina selalu bertelingkah dan Rezzal menjadi orang tengah. Hilman, peguam yang menguruskan harta dan juga orang tengah antara mereka dan tuan punya harta. Imanina jatuh cinta pandang pertama pada Hilman yang sudah bertunang dengan Emmalin.

Sejak menandatangani kontrak, Imanina sering di ganggu dengan SMS, hadiah, surat, bunga dari peminat misteri. Namun beliau merahsiakan daripada Rezzal dan Ariel. Semakin dekat impian mereka tercapai, wujud insan ke empat yang tidak senang dengan mereka. Rezzal kemalangan, syarikat yang Ariel uruskan kebakaran, butik yang di uruskan Imanina di serang. Siapakah dalang nya? Orang yang mereka kenal? Kenapa mereka bertiga yang di pilih untuk merebut harta itu? Apakah hubungan mereka dengan pemilik harta itu? Siapakah yang memenangi harta itu?

1 comment:

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...