Saturday, January 26, 2013

1st antenatal check up klinik pakar & 7th KK check up

Salam sejahtera.
Akibat kekangan masa saya combine je 2 check up dalam 1 entry. (dasar pemalas) T__T Hahahah.. Kebetulan dua-dua check up hari yang sama. Pagi di klinik pakar, petang di KK. Saya ambil cuti je hari itu. Malau mau MC, cuti pun banyak lagi. Macam biasa la kan dah pergi hospital, menunggu semestinya walaupun kau tu staff sepital. Tunggu ambil nombor, pergi makmal untuk urine test. Tunggu lagi untuk turn booking. Dah sampai turn booking timbang berat dan kena interview dengan JM. Soalan biasa je la. personal detail, settle tu tunggu turn jumpa doktor.

Sampai giliran doktor soal-soal lepas tu scan. Saya di rujuk ke Klinik Pakar sebab masalah kemalangan 2011 yang mungkin menyukarkan saya untuk bersalin normal. Orthopaedic suggest untuk czer, O&G mintak try normal (SVD) kalau kandungan tiada masalah. Saya pun memang berhajat nak try jugak SVD. Moga di permudahkan segalanya.

Petangnya ke KK pula untuk rutin check up 30 weeks. Bermula lah check up setiap 2 minggu. Hasilnya

Urin albumin & sugar : negative
Berat : turun 0.1kg
BP : 100/60 mmHg (normal)
Tinggi rahim : 30cm (sama macam usia kandungan)
Kedudukan baby : Cephalic (normal)
Baby heart beat : 150 / min (normal)

Jumpa nurse je check up kali ni. Sekejap je. Kena datang lagi 2 minggu untuk RME (routine Medical Examination) pula.

0 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...