Thursday, January 31, 2013

admitted hospital

Salam..
Mid Januari hari tu saya kena tahan kat wad. Sebabnya malam tu perut saya mengeras melebihi 5 kali. Tapi saya tak la terus ke hospital malam tu sebab saya ada hal makhamah yang perlu di selesaikan keesokkan hari. Dan saya tahu kalau saya ke hospital kemungkinan besar saya kena tahan wad. Masalah pulak dengan hal makhamah, lagipun tiada sebarang tanda selain dari perut mengeras. Untuk keselamatan dan elak dari tertanya-tanya setel je hal lawyer saya terus ke labour room.

Seperti di jangka, terus kena tahan register nama kat admission walaupun doktor belum periksa. Kebetulan sangat ramai mommy yang ada masalah. Memang penuh la labour room masa tu. Antara pemeriksaan yang di lakukan, tekanan darah, cek jantung baby, kira contraction, scan, cek jalan bawah T_T, amik sample tisu. Lepas semua tu tunggu la turn nak masuk ke wad. Saya ke labour room dalam kul 4 petang. 10 malam baru masuk wad dan dapat baring kat katil.Pinggang memang sakit sangat sebab duduk je beberapa jam. Malam tu saya berehat saja tapi tak la berehat sangat, kejap-kejap nurse kejut untuk cek BP, jantung baby dan buat CTG.

Hari kedua, masa tengah gosok gigi rasa air mengalir. Cek panties memang basah. Inform doktor dan bila specialist datang katanya kena monitor 24 jam kalau air terus keluar dan x cukup kena paksa bersalin. Baby boleh lemas. Baru 32 minggu, berat baby pun belum 2 kg. Huhu.. Pastu kena seluk lagi. Katanya jalan belum buka lagi dan masih jauh. Good sign. Alhamdulillah.

Hari ketiga, tak de dah air kuar dalam masa 24 jam. Rasa macam boleh balik. Doktor pun tanya nak balik ke tak, mesti la nak kan. Doktor cakap lepas scan baru leh balik nak tengok air ketuban  cukup ke tak. Tengah hari saya pergi tanya nurse, katanya doktor tak de tulis pun kata boleh balik. Hari ni plak weekend, doktor tengok sekali je. So, kena tunggu esok je la. Hampeh!

Hari keempat, lepas doktor pakar datang terus confirm kata leh balik. Yess! Tapi biasa la kan tengah hari sikit baru leh kuar. Hubby lak keje malam baru dia habis keje. Prosedur wad ibu dan anak pulak kena husband yang settle bil, ambil ubat baru wife boleh discharge. Kalau tak, nak je saya yang turun g potong nama dan setel semua kemudian biar adik saya je datang pick up balik rumah mak saya dulu. Maka, hubby mintak pelepasan keluar dari kilang. Dah settle semua hubby hantar balik rumah mak saya. Dan MC lagi 3 hari. Apa yang saya buat 3 hari MC? Kami berhoneymoon yang entah ke berapa juta kali. >___< Itu saya cerita di lain entry :) 

0 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...