Showing posts with label rozita abd. wahab. Show all posts
Showing posts with label rozita abd. wahab. Show all posts

Tuesday, March 24, 2015

Review Novel : Dia Mimpi Indahku

Novel terbaik yang saya baca sepanjang tahun ini. Kisahnya tidak cliche walau ada beberapa babak yang dah boleh agak jawapannya tapi ending nya memang saya tak jangka. Yang mengganggu saja bila pembacaanya banyak sangat typo error. Silap nama watak sangat banyak. Mungkin Alaf 21 boleh lebih details tentang perkara ini. Apa pun saya suka jalan ceritanya dan saya berikan 4.9 bintang dari 5.

Sinopsis

Rifhan dan Hafsyam sudah lama kenal dan menjalinkan hubungan yang serius. Pelbagai halangan di hadapi akhirnya mereka di satukan. Rifhan anak kedua tetapi di anggap seperti anak buangan walau nama ibu ayahnya tercatat dalam sijil kelahirannya. Ibu nya tidak pedulikannya, malah melebihkan Anita, anak keempatnya kerana mempunyai temak lelaki kaya. Ibunya tidak merestui hubungannya dengan Hafsyam tetapi ayah sentiasa menyokongnya. Rifhan menanggung sebahagian besar ekonomi keluarga termasuk perbelanjaan adiknya. Dia rapat degan Azira hingga memberi kunci pendua rumahnya kepada Azira. Semasa Rifhan kerja luar kawasan, Azira ke rumahnya kerana tekanan dari ibunya di rumah. Malanynya, Hafsyam pulang ke rumah dalam keadaan mabuk dan merogolnya. Apibala Azira hamil, rahsia terbongkar dan Rifhan lari dari rumah dan hilang kawalan diri hingga hampir membunuh diri tetapi di selamatkan oleh Adnan dan keluarga nya yg lain iaitu emaknya dan abangnya, Aiman. Di situ dia membina kekuatan dirinya semula tetapi bayangan Hafsyam masih mengikutnya apabila ayahnya mengadu anak Azira dan Hafsyam ditinggalkan. Keadaan lebih buruk apabila ayahnya meninggal, Azira menghilangkan diri, Hafsyam mengejarnya, ibu, abangnya dan Anita meminta wang dan harta pusaka ayah kepadanya. Bagaimanakan akhirnya kisah hidup Rifhan?

Peminat novel, saya galakkan anda membeli dan membaca kisah ini. Penuh kasih sayang, hubungan kekeluargaan. Sekurangnya kita tak disogokkan dengan kisah datuk datin berkereta mewah. Kisah mereka penuh kesederhanaan dan menampakkan kematangan penulisnya.

Sunday, March 3, 2013

Review Novel - Ruang Rindu

Assalamualaikum.
Novel ini dibeli bukan atas sarana sesiapa tapi saya beli kerana penulisnya. 2 hasil penulisan beliau saya pernah baca dan tidak mengecewakan. Jumpa karyanya yang lain terus rembat tanpa fikir panjang. Mungkin ini antara karya awal penulis jadi banyak kekurangan di sana sini. Bagi saya ok je, asalkan ceritanya logik dalam penceritaannya lain dari yang lain.

Sinopsis

Camelia gadis tomboy di paksa bertunang dengan Halil atas tipu daya keluarganya. Untuk menjaga maruah keluarganya, dia meneruskan pertunangan itu. Tambahan pula Halil anak kepada gurunya semasa sekolah dahulu. Halil, anak emak yang menurut perintah untuk ibunya mencarikan bakal isterinya tetapi dia sebenarnya playboy. Camelia dan Halil tidak pernah sebulu. Namun dalam tidak sedar, Halil senang dengan sifat Camelia walaupun pakaiannya tidak seperti perempuan lain. Hinggalah rahsia Halil yang kaki perempuan di ketahui Camelia dan terus pertunangan mereka diputuskan. Dalam masa yang sama Camelia berjumpa dengan bekas teman lelakinya, Tuan Amir. Mereka berpisah kerana ibu Amir yang tidak menyukai perwatakan Camelia satu ketika dahulu. Adakah ibu Amir menerima Camelia sekarang? Adakah Camelia akan berubah? Adakah jodoh Camelia dan Halil kuat?

Novel ni berjaya habis baca sebelum deliver. Sempat la coret di sini. Harapnya lepas deliver sempat lagi curi masa membaca novel dan review di sini. InsyaAllah

Tuesday, January 29, 2013

Review Novel : Setelah Hati Dimiliki

Salam..
Saya beli novel ni kerana penulisnya, kalau saya tak pernah membaca hasil karya beliau, memang saya tak capai di rak kedai sebabnya cover novel ni sangat tak menarik. Saya tak tahu kenapa lately cover novel-novel alaf21 makin buruk T_T Nasib baik la hasilnya tak mengecewakan walaupun story line di awal pembacaan agak cliche iaitu ''kahwin paksa'' tetapi endingnya tak seperti kebanyakan story kahwin paksa lain.

Sinopsis

Auni terpaksa berkahwin dengan Fikri tunangan adiknya, Amni yang telah mengandungkan anak lelaki lain. Untuk menjaga maruah keluarga Auni rela mengambil tempat Amni tambahan pula dia adalah menantu pilihan ibu Fikri yang mengugut untuk menyaman keluarga mereka sekiranya perkahwinan mereka tidak dijalankan. Perkahwinan mereka yang pada mulanya hanya sekadar di atas kertas kemudian mula membuahkan bibit cinta sehinggalah rahsia Auni terbongkar ketika malam pertama mereka. Auni kemudiannya menceritakan kisah lampaunya yang menjadi rahsia. Dia pernah berkahwin di luar negara semasa melanjutkan pelajaran dahulu. Malangnya suaminya meninggal di Malaysia. Fikri yang marah melayan Auni seperti pelacur, orang gaji dan cemburu butanya menyebabkan mereka bercerai. Auni membawa hati ke rumah umi dan Adam, keluarga arwah suami pertamanya. Adam telah lama jatuh cinta pada Auni tetapi Auni hanya menganggap Adam sebagai adik. Ketika Adam melamar Auni buat kesekian kalinya dan Auni di kejar oleh Fikri yang gila talak dan kemudian Hadi, abang sepupunya juga melamarnya. Siapakah pilihan Auni?

Cerita ni best bagi saya walaupun agak kompleks pada mulanya. Tetapi kalau fokus masa membaca memang akan faham keseluruhan ceritaanya :)

Friday, November 25, 2011

review novel : Kasih bersulam cinta


Salam..
yup nak review novel diatas.
first masa tgok kat rak buku popular sudah jatuh hati dgn cover novelnya.
so comell...
Novel ni saya ambil masa tak sampai 24jam untuk habiskan.
mula kul 4 pagi. 12 tgh mlm tu dah abis baca.

Buku ni memang kategori susah nak letak bila dah start baca.
walaupun dalam tu bahasanya skema katak yg bukan jiwa saya tp tetap jd edisi susah letak.
yg tak bestnya ada la jumpa beberapa typo error..
lepas tu asyik guna nama full watak perempuan tu.
dah la nama panjang, guna nama panggilan sudah la.
pastu diawal pembacaan macam menyampah dgn penulisnya sbb banyak sgt adengan yg tak kira halal haram.
dah masuk separuh buku baru tau kisah sebenar kenapa..
meroyan lak.. ngeee ^__^
Saya bagi 3/5 (3 bintang dr 5)

SINOPSIS

Anis Razikin, belajar kolej, belum pernah bercinta. Dikelilingi dgn 3 org teman baik yg msg2 ada kisahnya.
Anis ni anak yatim piatu. ada mak tiri dan 2 adik tiri. mak tiri busuk hati. gila harta ayah dia.
Di kolej Anis rapat dgn Azhar dan Hakim. Azhar teman sekampungnya yg dianggap sbg abg dan Hakim teman baik Azhar yg slalu ikut Azhar balik kg diorg.

Actually Hakim dan Anis ni terpaksa kahwin sbb kena tangkap khalwat angkara ibu tiri Anis.
Hakim yg sering bertukar gf ni tak nak status diorg didedahkan di kolej.
Dan msg2 pun mmg tak suka. Tapi at last after 2 years diorg jatuh cinta jugak.
Tapi hubungan diorg still dirahsiakan dr family hakim dan teman sekuliah.
Hubungan mereka diuji lagi bila papa Hakim dapat tau. Anis dihina yg dia nak kikis harta mereka dan Hakim buat keputusan pertahankan hubungan mereka dan dia diusir dari rumah.
Then anis pregnant. So, terpaksa la dia bocorkan rahsia tntgg hbgn dgn Hakim.
dan beberapa konflik lain yg berlaku antara mereka.

Dapatkan di pasaran d '_' b

P/S - weekend yang panjang o_0

Friday, November 4, 2011

shopping

Salam semua..
Jumaat sudah.. Ahad Hari Raya aidiladha.
seperti aidilfitri lepas saya beraya di rumah ibu bapa saya.
bukan tak kesian pada husband tapi husband bekerja.
dr semalam sampai isnin.
dia pun lupa bila hari raya sebenarnya.
cuti pun tak banyak dah.
saya pun ok saja. 

dari kecil sambutan hari raya aidiladha tidak semeriah Aidilfitri
kecuali masa tahun yang keluarga take part majlis korban.
mungkin pulang ke rumah mertua sekejap ahad malam
husband pulak bekerja dr 7 pg sampai 7 malam.
entah larat ke tidak dia nak drive pulang ke kampungnya kemudia bekerja pulak
kesokkan hari.

berbalik kepada tajuk entry
last week punya weekend kan pulang ke rumah mertua 3 hari 2 mlm
hari ahad kwn2 hubby ajak main bowling. 
hubby je la main. saya menonton je
lepas tu saya ajak ke popular ^__^
tempat wajib lawat kalau ke shopping complex

hubby tak bagi T__T katanya jauh nak berjalan 
nanti saya penat & shopping complex tu agak lama 
& krg safety
dia janji nak bawa saya je Jusco. 
katanya popular sana lebih besar & lebih selamat.
ada lif. sng saya nak bergerak.
ok..
di bawah ini buku yang selamat di shopping
3 je yg berkenan.
skrg sy beli novel berdasarkan recommend by others
masuk forum & org komen buku tu berbaloi nak beli
saya shortlist the beli.

tapi masa g jusco last week tak sempad update senarai buku nak beli lagi.
so belasah je amik mana yang best dr bacaan saya pada bluuurp
tapi yang lagi 2 tu beli sbb cover dia cun
^__^
meleleh tengok
heheheh



p/s - hujung tahun yang penuh dgn jemputan kahwin. 
  adik saya pun nak bertunang juga hujung tahun ni ^__^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...