Thursday, February 7, 2013

2nd antenal check up klinik pakar

Salam.
Ni check up untuk 34 minggu POG. Pagi tu hubby hantar saya ke Hospital, hubby tak teman sebab dia ada hal lain rezeki baru kami. InsyaAllah saya cerita kisah rezeki anak buat kami berdua di entry lain jika berkesempatan. Tunggu hampir 1 jam, kemudian nama di panggil, nombol giliran diberi dan perlu ke makmal untuk urine test. Di tegur oleh Sister sebab tak inform saya staf walau tak pakai uniform. Perlu ke inform? Huhu. Saya memang on leave hari tu, jadinya rasa macam tak perlu nak ambil kesempatan sebagai staff dan potong turn orang lain yang datang terlebih dahulu dari saya. Lagipun saya tak rushing. Sister tu balas, sekarang jawab OK, nanti buat complaint kata mereka tak dahulukan staf. WTF? Ingat aku kaki complaint ke?

Balik pada cerita. Urine semua normal, berat, BP di ukur. Klinik pakar dia ukur tu je. Tak de mention pun berat naik ke turun, bagus ke apa. Bagi saya KK lebih bagus. Lebih detail. Ikut saya kira dari TCA 4 minggu lepas, saya cuma naik 0.7kg sahaja. Normal nya saya pelu naik 2kg. Yang penting baby punya berat naik mengikut graf normal. Masuk jumpa doktor. Ditanya progress saya. Saya inform keadaan kaki saya yang patah. Makin sakit bila berjalan, naik tangga dan 2 doktor berbincang tentang masalah yang akan saya hadapi jika saya bersalin normal dan caesarian. Mereka beri saya masa untuk fikir, bincang dengan suami, keluarga mana yang terbaik buat saya. Saya perlu inform klinik masa kandungan saya 36 atau 37 minggu. Sudahnya saya bagi keputusan waktu tu juga setelah bertanya kan beberapa perkara pada doktor-doktor tu.

Saya buat keputusan untuk proceed dengan caesarian sahaja. Hubby memang suruh saya caesar demi keselamatan saya. Parents pula serahkan pada saya untuk buat keputusan, saya bekerja dalam bidang ni, saya lebih mengetahui baik buruk keputusan saya nanti. Apa pun mereka tetap menyokong saya. Saya juga ada minta pendapat mak cik saya yang juga kerja hospital. Dia minta saya czer. Begitu juga dengan teman-teman rapat yang banyak saya luah perasaan dan berkongsi segalanya. Semua sokong untuk czer asalkan saya dan baby selamat dan sihat.
 
Tambahan pula ligament lutut saya memang cedera teruk, kemungkinan besar dah putus dan hanya dapat repair setelah saya bersalin. Jauh lagi perjalanan kesihatan saya di masa akan datang. Saya harap ini keputusan saya yang terbaik. Dari perbincangan saya dengan doktor, tiada masalah jika saya tetap mahu cuba bersalin normal, TAPI lutut saya perlu bengkok paling sekejap 1 jam. Itu pun kena fully flexion yang mana doktor tulang dah cuba tempoh hari tetapi saya sakit. Itu baru cubaan, ni nak tahan 1 jam paling kurang, kalau lebih lama? Boleh ganggu saraf saya dah akhirnya saya perlu czer juga. Maka untuk kesihatan kaki saya di masa akan datang saya buat keputusan untuk czer. Kaki nak pakai lama weh..

Dan hari tu juga saya diberi tarikh untuk pembedahan. Petang nya saya ke KK pula. Saya sambung di lain entry. Ni pun dah panjang.

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...