Wednesday, February 6, 2013

Checklist baby : Baby clothing

Salam..
Jom update pasal baju baby lak. Last week dah update pasal Feeding. Macam entry lepas saya edit mana yang perlu je. Mana yang saya rasa tak sesuai saya delete, dan tambah mana yang perlu. Ada je yang cakap kat saya, tak yang beli banyak nanti orang banyak bagi. Huhu.. Takkan la kat anak sendiri nak harap dan tunggu orang bagi. Baik beli je. Kalau orang bagi, alhamdulillah rezeki anak.

1. Short Sleeve / Long Pants - total ada 10 helai buat masa sekarang. Harap-harap cukup la untuk baby nanti. Saya campur yang kain cotton dan yang baju jenis kain lubang-lubang tu. Tak tau berapa helai yang perlu. Ni pun main ambil je beli bila nampak murah. ada yang beli kat Mydin, Baby expo, Manjaku. saiz berbeza-beza. NB ada 4 helai je rasanya. Lain-lain banyak 3-6 months. Saya beli yang memang 1 set seluar baju. Harga lebih kurang RM10 - 15 sehelai.

2. Long sleeve / Long Pants - 4 helai je yang ada. Saya terfikir kan keadaan cuaca yang panas. Ingat tak nak beli je. Kalau baby sejuk nak bedung je tapi tak ada langsung tak boleh gak. Sudahnya beli 4 helai je la. Sama juga cam short sleeve, saya beli set sekali seluar baju masa sale dan harga lebih murah.

3. Rompers - Ini la yang saya paling suka beli. Nampak je kat kedai, FB fanpage tangan gatal je nak ambil. Dari dulu lagi berkenan sungguh dengan rompers ni. Sudahnya total ada 19 helai. Aneka saiz dan rupa. Beli masa baby expo 9 helai dan Kenanga Wholesale 10 helai. Sambar sampai 10 helai sebab RM5/pcs. Jenama biasa-biasa je la. Yang dekat expo brand Carters.
RM5/pcs
4. Mittens & Booties - total beli 6 helai. Beli di baby expo, Manjaku. Tak rasa nak beli banyak pun sebab nak bagi pakai sampai 3 bulan je then biar baby explore. Lepas tu bagi pakai socks je.

5. Binder / barut - yang ni ada 12 helai cousin bagi. MIL pun kata nak jahit bagi nanti. Save di sini.

6. Baby Bib -  Masa kat Kenanga Wholesale saya nak ambil sebab RM5 je sehelai, hubby cakap nanti dulu la. Tunggu baby dah start makan baru beli.

7. Legging - Ni pun dok berkira-kira nak beli. Bila nampak je nak ambil mesti ada je penyebab tak jadi ambil. Sudahnya sampai sekarang takde sehelai pun legging.

8. Socks - Ada 4 helai, dapat masa beli rompers. Perlu tambah lagi tapi tunggu baby besar sikit baru nak beli. Buat masa sekarang cukup dah.

9. Boonet - Ada 1 je tu pun beli masa expo sekali dengan mittens, booties

10. Shoes - 1 je beli tu pun sebab nak buat props maternity photoshoot.

Setiap kali membeli saya masukkan dalam file excell yang ada dalam laptop ni. Kalau nak tunggu sekaligus masukkan memang tak ingat la harga semua berapa.



Masa 28 weeks dah start mendobi semua baju baby, lampin, blanket semua. Konon nak pack dalam beg. sudahnya masa 33 weeks baru packing bag.


2 pendapat:

Wanna Syawana said...

Tenkiu very much sb bg checklist kt aku yg bru 6o% preparation....huahuahua

MizA said...

chaiyok2.. better late than never

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...