Monday, February 11, 2013

Photobook Pixajoy

Salam.
Seperti yang saya cerita di entry ini, saya ada beli voucer di groupon untuk gambar-gambar semasa photoshoot ni.

Ini first time saya beli voucher online dan semestinya saya tak pernah reka photobook sendiri. Before beli saya google dan survey dari blog lain samada company ni mesra pengguna atau tak, servis camna. Setelah berpuas hati baru saya berani beli. Bila dah dapat soft copy dan voucher ni pun dah boleh redeem saya pun start la create photobook mengikut tutorial yang saya install dari laman web Pixajoy. Permulaan agak susah. Sambil tengok tutorial dan blogwalking user yang pernah guna, akhirnya berjaya juga. Saya habiskan pada hari yang sama. Tak nak tangguh-tangguh nanti tak siapkan pula. Dah la saya hanya online semasa weekend sahaja. Meh saya kongsi cara-caranya, mana tau leh jadi rujukan blogger lain atau untuk rujukan saya di masa akan datang.

1. Install Pixajoy Editor - masa beli voucher tu akan ada link untuk install. Klik je then install. Saya install lepas je beli. Simpan dalam satu folder bersama dengan kod voucher semua. Bila dah boleh redeem senang nak cari.

2. Create project

Lepas install klik la file tu. Akan kuar gambar mcm atas ni. Amik 'create new project'. Kalau before ni dah buat tapi lum habis buat ambil yang bawah tu.

Lepas tu pilih design seperti yang kita beli.

Jangan silap pilih pulak. Bila kita beli voucher bukan semua ada dalam voucher tu. Masa saya beli ada 2 pilihan je dan saiz yang berbeza. Semak betul-betul. Silap klik, bayar dengan harga lain bukan seperti di voucher. Nampak tak 'use wizard to create....' uncheck kotak tu ye.

3. Design photobook - Lepas tu leh start design. Tips saya. Masukkan gambar-gambar yang nak letak dalam photobook ni dalam satu folder lepas tu import pic dari folder tu. Lebih mudah cara begini. Setiap page kita boleh pilih nak masuk 1 gambar atau beberapa gambar. Pilih kotak bawah tu. Pandai-pandai adjust. Dah habis semua page klik gambar troli shopping colour hijau tu.


4. Order & payment

Lepas tu akan kuar kotak untuk confirm pembelian kita. Saiz album, kertas apa nak guna dan alamat untuk penghantaran. Untuk kulit album saya cadangkan pilih 'gloss lamination'. Untuk kertas dalam 'matte lamination'. Ini saya dapat berdasarkan review dari mana yang pernah beli. Lepas tu pilih cara penghantaran. Pilih yang RM0 dan untuk payment tengok kotak yang kena masukkan voucher code. Masukkan code. Bila beli voucher Groupon atau mana-mana company kita beli tu akan hantar ke email kita code. Klik 'apply' dan 'confirm order'. Pergi semula kat Pixajoy editor yang kita susun gambar tu klik 'upload finished pages'. Tunggu sampai habis loading baru close. Lepas tu tunggu la courier mai rumah hantar album tu.

Memang ringkas je penerangan saya ni. Kalau beginner mungkin susah paham tapi tutorial yang install tu memang banyak membantu. Beberapa tips saya nak bagi kalau beli photobook di groupon, milkadeal, ilovediscount dan lain-lain company.

  • tengok saiz photobook. Ada yang besar tapak tangan je. Bagi saya 8x11 saiz paling cun. Kalau lebih besar dari tu lagi bagus.
  • teliti betul-betul syarat sebelum klik 'buy'. Ada yang harga di tawarkan tu harga untuk 10 pages pertama je. Extra pages kena bayar sendiri. Seeloknya photobook 20 pages ke atas la. Dapat lebih banyak lebih bagus
  • Tengok voucher tu termasuk dengan penghantaran percuma atau tak. Ada yang harga tu untuk servis photobook sahaja. Penghantaran kena extra charge. Ada yang untuk pick up sahaja. Tak de hantar. Umah kat Penang, kedai photobook kat KL, tak ke bazir duit. Ada yang servis delivery untuk semenanjung sahaja. Bagi yang duduk sabah sarawak kena bayar.
  • Ada yang saya jumpa pembayaran hanya melalui credit card sahaja. Pilih la service yang boleh guna maybank2u, cimb click. Sebab saya ada m2u, xde kad kredit T_T

Untuk pertama kali guna servis Pixajoy, saya sangat berpuas hati. Memang cepat mereka email setiap pertanyaan, dan update. Selesai je saya buat payment dalam beberapa minit dah dapat email, no voucher. Dah siap submit order, project photobook yang di buat tu, email sampai bagitau no tracking. Esoknya email pulak inform untuk redeem balance. Yang ni saya lewat tengok email. Maka terlepas peluang nak dapat extra 10 pages free. Takde rezeki. Lepas 2 hari inform yang mereka dah courier photobook siap printscreen gambar lagi cam kat bawah ni

Dalam 2 hari bekerja selepas tu saya dah received parcel dari Skynet.

cover photobook
Untuk First timer macam saya ni, saya berpuas hati dengan kulit depan, hardcover tetapi yang belah dalam bagi saya dan hubby komen kami nampak agak dark. Mungkin boleh di jadikan panduan buat masa akan datang.

Lepas pada tu memang selalu la jeling groupon kot ada lagi voucher yang berbaloi untuk di rembat. Saya sudah ketagih online shopping.

4 pendapat:

Lin Azlina said...

thnaks untuk tutorial.. sgt berguna

MizA said...

Lin Azlina - welcome :)

Linda said...

Salam kenalan.. baru nak start buat photobook... tq for the info yer

aRz MoHa said...

MENARIK

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...