Wednesday, January 1, 2014

Welcome 2014


 Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah

Genap 3 tahun usia perkahwinan kami, Anas Syauqi juga menginjak 10 bulan. Tiada sesi potraiture untuk anniversari kali ini. Tak sempat nak contact mana-mana jurugambar di sebab kan kesibukan bulan-bulan terakhir 2013 T____T
Tiada sambutan istimewa, cuti pun tak dapat extra. Hubby cakap 'Lapik toto depan tv, beli teh ais 2 bungkus, kek sejorong, pasang movie dan lepak'. Hahahaha.. Macam nak buat camtu je. Dah ada anak ni tak de dah fikir nak hu ha (bergumbira), fikir anak je. Nak bercuti pun tak sempat kalau sekadar sehari cuti. Hubby cakap tunda ke bulan lain je. Lagi pun dah ada 2 plan pada Januari ni. InsyaAllah saya cerita kalau benda jadi nanti. Jom cerita perkembangan Anas menginjak 10 bulan ni. Berat terbaru tak tau. Next week baru TCA.

  • Dah kenal mama ngan ayah, kalau kami hulur tangan cepat je hulur tangan nak kami dukung
  • Mana yang dia tak kenal, kalau dukung dia nangis
  • Dah pandai cebik, buat muka nak menangis kalau tinggi suara kat dia
  • Suka tengok iklan TV. Nganga mulut, tak kelip mata tengok.
  • Dah pandai main sorang-sorang. Senang la nak buat keje, biar je dia main.
  • Pandai tepuk tangan
  • Gigi ada 4 batang. 2 atas, 2 bawah lagi 2 kat atas o the way. Gigi atas jarang
  • Masih fully bf, EBM waktu saya kerja hanya 10-15oz je
  • Suka main pusat ayah dia
Itu je yang ingat. Moga 2014 saya berjaya beli rumah dan kereta. Ngeeeee

0 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...