Monday, January 6, 2014

Anas kena Nappy rash

Salam..
Kisah penghujung November 2013, baru berkesempatan nak buat entri. Walau dah basi nak juga catat di sini untuk rujukan saya di masa akan datang. Sejak Anas lahir, belum pernah jadi nappy rash, kira pengalaman pertama la ni. Mulanya naik biji-biji merah di sekeliling bebird. Saya sapu minyak macam biasa. Saya selalunya sapu minyak johnson di peha Anas setiap kali lepas mandi dan tukar diapers.
  
Lepas 2 hari nampak makin teruk, dah merebak ke celah peha. Saya sapu zink oxide, type nappy cream jugak yang ada kat rumah ni. Lepas 3 hari sapu tak ok jugak, pergi beli Sebamed Baby Cream Extra Soft.

Tiada perubahan pun, saya tunjuk pada doktor tempat saya gambar peha Anas. Dia suruh sapu Drapolene yang ada kat farmasi kami.

Lepas beberapa hari makin teruk jadinya. Makin merah dan dah jadi di dua belah peha. Saya post gambar peha Anas dari mula jadi sampai yang terkini di Instagram, whatsapp group dan minta pendapat mereka. Ramai yang suggest guna tepung ub. Petang tu terus guna tepung ubi. Alhamdulillh dalam 10 hari nappy rash sembuh. Di awal penggunaan tepung ubi, nampak makin kurang merah. Di bawah ni gambar-gambar kawasan yang nappy rash dari mula saya guna tepung ubi hinggalah betul-betul sembuh. Sepanjang Anas kena nappy rash ni saya langsung tak guna wet tissue. Setiap kali tukar diapers terus basuh guna air pastu lap kering kawasan-kawasan berkenaan. Dah betul kering baru sapu tepung ubi dan pakaikan diapers. Kesimpulannya, tak payah beli krim mahal-mahal, benda di dapur dan tradisional juga yang sesuai dengan Anas. Lain orang lain la kesesuaiannya. Mungkin anak orang lain tak sesuai guna benda murah.

2 pendapat:

Salhah Suhot said...

Ekceli bb oil biasa yg ada mineral oil mmg kena elakkan pakai, sbb mineral oil block pori kulit.. Try la vco(minyak kelapa dara) atau virgin olive oil, yg light punya..

MizA said...

La ye ke? X tau pun. Virgin oil bleh guna bila2 masa je ke?

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...