Friday, January 10, 2014

Check up Anas Syauqi 10 bulan

Salam..
Awal Januari, Anas kena check up di KKIA untuk monitor berat, BMI, panjang dan perkembangan. Biasa saya bawa Anas check up petang untuk elakkan dari mengambil cuti tapi di sebabkan awal tahun, ramai senior yang bercuti untuk daftar anak ke sekolah, saya tunda tarikh check up lambat seminggu dan kebetulan sama dengan tarikh check up ENT. Maka, terpaksa lah ambil cuti. Pagi ke KKIA, petang ke ENT.

Tanggapan saya, check up pagi mesti ramai. Gigih kejut dua2 hero bangun awal. Sudahnya 9++ baru sampai ke KK. Kejap je tunggu. Dalam 1 jam selesai semua. Hasil dari check up :-

Berat : 7.9kg (naik 300gram je)
Panjang : 70cm (bertambah 3cm)
BMI : 16.1 (turun dari check up lepas)
Lilitan kepala : 

Dari segi perkembangan, katanya semua normal, mengikut usia dan ada yang dah advance dari umurnya. Alhamdulillah

Perkembangan Anas
  • Berdiri lepas tangan melebihi 10 saat 3 hari lepas, melangkah setapak kemudian jatuh. Lepas tu tak try dah.
  • Dah kenal orang. Bila orang yg tak kenal dukung menangis.
  • Nangis masa pagi-pagi hantar pergi rumah mak. Dah paham yang dia kena tinggal.
  • Nangis, merangkak ke kaki saya bila nampak saya pakai tudung. 
  • Bila malam, saya masuk tidur awal, biar Anas main dengan ayah dia di ruang tamu, then bila ngantuk dan lapar, dia merangkak sendiri ke bilik dan berdiri tepi katil.
  • Masih fully breadtgeeding dan makan homemade solid food.
Petangnya ke ENT pula. Masa lahir Anas bernafas berbunyi. Dirujuj ke ENT dari lahir lagi dan sekarang tiada lagi bunyi. Hari tu masa selsema ada dengar jugak tapu ni dah lama tak selsema. Harapnya dah tak de la. Kata Doktor, biasanya bunyi tu akan hilang sepenuhnya apabila bayi membesar, lebih kurang 18-24 bulan. Dari auacultation ada lagi bunyi. Lagi 8 bulan datang lagi. Saya juga TCA ENT hari yang sama dengan Anas atas masalah tiada deria bau berikutan kemalangan 2 tahun lepas. Lagi 2x appointment saya akan discharge.

Kebetulan dah cuti, saya dan suami selesaikan hal bank dan lain-lain. Pergi update akaun ASB kami, ke pejabat pos barang, tutup akaun bank dan tempah nursing baju kurung.


0 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...