Kejadian kisah dalam entri ni dah berkurun, saya bz (cliche) maka bertangguh nak habiskan menaip. Tak pe, asal saya catat di sini sebagai rujukan diri sendiri. Ngeeeeee... ok! berbalik pada kisah seperti tajuk.
Sebelum ni celebrate birthday saya di CH, ada saya cerita di entry INI dan INI. Birthday hubby kami celebrate juga tapi destinasinya dekat je lah, Pulau Pinang je. Ngeeee.. Book hotel pakai voucher groupon
- Superior Hillview Room stay for 2 people.
- Buffet breakfast for 2 people.
- Welcome drinks for 2 people.
- Scheduled shuttle service from hotel to Batu Feringghi beach, Batu Feringghi Night Market, and Georgetown for 2 people.
Hubby dah park kereta, dan parking SANGAT BANYAK. Masuk bilik dan biliknya sangat luas. Si Syauqi memang seronok la merangkak merata-rata. Ada balkoni boleh tengok pemandangan luar tapi lindung dengan pokok, tak nampak laut. Bilik yang kami menginap ni memang saya sangat puas hati sebab beberapa hari sebelum bercuti saya ada buat research pengalaman pelancong lain yang menginap di hotel ini. Rata-rata bagi komen buruk. Bila dah stay sini dan rasa sendiri memang berbeza dengan apa yang di ceritakan di website tersebut. Mungkin saya bernasib baik.
Aktiviti pertama kami mandi kolam. Hanya hubby dan syauqi yang mandi. Saya cuma memerhati je. Etika berpakaian semasa mandi tak sesuai untuk orang Islam. Habis mandi kolam, Syauqi sambung mandi bath tub pulak. Lepas tu kami jalan-jalan sekitar depan hotel. Ada pantai depan hotel tapi kena seberang jalan, ada jejantas sedia dari hotel ke seberang sana, tak perlu litas jalan.
Kemudian kami ke Tree Monkey nak tengok sunset dan makan ringan-ringan je. Balik hotel solat Maghrib, kuar jalan-jalan ke night market Batu Feringgi, harga mahal. Kalau pelancong mungkin ada nak membeli tapi kami tengok-tengok je la. Sempat lagi ambil pakej massage. Saya ambil body massage, hubby ambil foot massage. Lepas tu pergi makan malam di kedai sekitar night market. Hajat nak makan ikan bakar tapi nan ado! Makan je la menu biasa-biasa makan. Terus balik bilik. Di lobi ada live band tengah buat show. Nak juga lepak tengok tapi sudah letih mengantuk.
Sampai bilik gagah tahan mata tunggu jam 12 nak wish kat hubby. Kul 12 wish, kasi hadiah terus pengsan. Hahaha.. Esoknya bangun pagi-pagi nak pergi breakfast. Cafe hotel besar, selesa, manu sangat banyak dan pelbagai. Untuk Anas Syauqi saya ambil plain porridge (dah tanya dengan tukang masak, tak letak garam, MSG segala bagai), tambah cheese sikit. Memang licin Syauqi makan, siap tambah lagi. Habis makan hubby nak swimming. Habis swimming naik atas bilik siap-siap packing nak check out.
No comments:
Post a Comment
Thanks :)