Ini novel pertama yang saya beli hasil karya penulis ini. Dari FB katanya karya sebelum ni dari penulis ni best. Masa pre order saya beli direct dari publisher. Apa yang dapat saya share novel ni tak kena dengan jiwa saya. Banyak page masalah printing. Tulisan blkg terang, ganggu nak baca. Nampak tulisan double. Gaya penulisan meleret. Cerita day by day even benda sama je adegan je. Bagi saya tak perlu la adegan nak bersama, dalam bilik bermesra manja semua tulis terperinci dan kerap. Ending nampak rushing. Saya tak tau apa kesudahan duit dari Dato Syed (apantahtakingat) kepada Ziqri selepas pertunangan dengan anaknya putus. Takkan sedekah je? Anak Dato Ibrahim yang jahat tu apa cerita? Bebas camtu je? Penceritaan longgar di sana sini. Slow je pembacaan saya nak banding dengan 2 novel sebelum ni yang saya baca. Novel ni akan saya let go. Bukan untuk koleksi saya karyanya.
Sinopsis
Sara melarikan diri dari bapa saudaranya yang berniat jahat dan menumpang tidur di halaman rumah Sharifah Rodziah. Lalu beliau mengambil Sara bekerja dengannya sebagai pembantu rumah sekaligus menjaga cucunya, Emma yang telah kematian ibu. Sara di kahwinkan dengan Syed Ziqri atas permintaan ibunya tetapi cinta nya pada arwah isterinya masih menebal. Apabila mengetahui Sara mengandung, Ziqri meninggalkan Sara dan bekerja di London. Setelah 5 tahun dia kembali untuk meminta izin ibunya untuk melamar Sharifah Latisha tetapi dia mulai cemburu dengan kehadiran lelaki-lelaki yang ingin menyunting Sara. Ziqri mulai sedar yang dia cintakan Sara dan berusaha merebut kembali cinta Sara. Apabila memiliki Sara dan membuat keputusan untuk bekerja dengan ibunya dan menetap di Kuala Lumpur dugaan mula datang. Satu demi satu masalah yang di hadapinya dalam urusan perniagaan sehinggalah datang Syed (takingatnamapa) yang menawarkan bantuan bersama syarat iaitu mengahwini anaknya. Tiada pilihan lain, Ziqri dan ibunya terima dengan persetujuan Sara. Dapat ke Ziqri berlaku adil? Redha kah Sara? Bagaimana penerimaan anak-anak mereka?
No comments:
Post a Comment
Thanks :)