Friday, September 5, 2014

Rumah.. rumah... rumah

gambar dari GOOGLE

Semua orang ada keinginan memiliki rumah. Saya nak rumah teres 1 tingkat yang luas. Ada porch yang leh nampak kereta parking depan rumah. Petang-petang duduk kat luar rumah bertegur sapa dengan jiran pastu bawa Anas Syauqi ke taman permainan, tengok anak main basikal dekat laman rumah. Pastu nak rumah ada kitchen kabinet, dalam bilik tidur pakai lantai papan siap penghawa dingin. waahhh Angan-angan! tak perlu wang untuk angan-angan.

Penghujung tahun lepas bila ada sikit duit di tangan mula la survey rumah. Tengok di website, mudah.com, tanya orang, drive area kawasan yang nak, pergi jumpa developer, booking, isi borang dan pelbagai lagi cara di buat untuk cari rumah  dari 2nd hand hingga baru. Yang 2nd hand banyak juga yang pergi tengok, call tapi dah bukan rezeki kami. Rumah baru apply sana sini. Sekali yang dapat tu jauh lak dari tempat kerja. Erm... Menginjak pertengahan tahun 2014 pencarian rumah berakhir. Alhamdulillah

2 comments:

  1. Alhamdulilah...kite pun sekarang dalam proses beli rumah...sekarang ni tengah tunggu loan saja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Moga urusan kita dipermudahkan

      Delete

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...