Friday, March 20, 2015

anas syauqi checkup di klinik pakar

Anas discaj dari wad 2/3/15, isnin dan diminta untuk datang semula ke klinik pakar kanak-kanak hari jumaat minggu yang sama. Waktu yang suntuk, saya tak upaya nak cuti. Memandangkan saya dah cuti kecemasan isnin dan selasa. Hubby apply cuti pada hari temujanji. Selepas habis program suami pagi tu, dia ke rumah mak saya ambil Anas. Saya dah ambil no siap-siap masa awal.

Temujanji kali ini untuk Doktor buat ulasan tentang 3 jenis darah yang di ambil di wad tempoh hari (TFT, FBP dan Iron). Tapi keputusan yang ada hanyalah TFT dan Urine (saya hantar sehari sebelumnya). Doktor periksa abdomen dan tentangvstatus kesihatan, selera makan, aktif atau tak, demam atau tak. Semuanya ok, cuma katanya perlu pemerhatian di sebabkan berat, tinggi dan BMI tidak mengikut umur. Kemungkinan besar, saya tidak akan pergi ke KK dan hanya jumpa doktor di Klinik Pakar Hospital. Perlu datang semula lagi 2 bulan untuk tengok keputusan darah lagi 2. Anas diberi ubat vitamin, Syrup Folic Acid di sebakan kekurangan Hb dan saya perlu awasi tanda-tanda kekurangan darah merah yang teruk.

Dari pemeriksaan klinik, hasilnya

Berat - 9.2 kg
Tinggi - 87 cm
BMI - 12.15

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...