Tuesday, March 24, 2015

Review Novel : Dia Mimpi Indahku

Novel terbaik yang saya baca sepanjang tahun ini. Kisahnya tidak cliche walau ada beberapa babak yang dah boleh agak jawapannya tapi ending nya memang saya tak jangka. Yang mengganggu saja bila pembacaanya banyak sangat typo error. Silap nama watak sangat banyak. Mungkin Alaf 21 boleh lebih details tentang perkara ini. Apa pun saya suka jalan ceritanya dan saya berikan 4.9 bintang dari 5.

Sinopsis

Rifhan dan Hafsyam sudah lama kenal dan menjalinkan hubungan yang serius. Pelbagai halangan di hadapi akhirnya mereka di satukan. Rifhan anak kedua tetapi di anggap seperti anak buangan walau nama ibu ayahnya tercatat dalam sijil kelahirannya. Ibu nya tidak pedulikannya, malah melebihkan Anita, anak keempatnya kerana mempunyai temak lelaki kaya. Ibunya tidak merestui hubungannya dengan Hafsyam tetapi ayah sentiasa menyokongnya. Rifhan menanggung sebahagian besar ekonomi keluarga termasuk perbelanjaan adiknya. Dia rapat degan Azira hingga memberi kunci pendua rumahnya kepada Azira. Semasa Rifhan kerja luar kawasan, Azira ke rumahnya kerana tekanan dari ibunya di rumah. Malanynya, Hafsyam pulang ke rumah dalam keadaan mabuk dan merogolnya. Apibala Azira hamil, rahsia terbongkar dan Rifhan lari dari rumah dan hilang kawalan diri hingga hampir membunuh diri tetapi di selamatkan oleh Adnan dan keluarga nya yg lain iaitu emaknya dan abangnya, Aiman. Di situ dia membina kekuatan dirinya semula tetapi bayangan Hafsyam masih mengikutnya apabila ayahnya mengadu anak Azira dan Hafsyam ditinggalkan. Keadaan lebih buruk apabila ayahnya meninggal, Azira menghilangkan diri, Hafsyam mengejarnya, ibu, abangnya dan Anita meminta wang dan harta pusaka ayah kepadanya. Bagaimanakan akhirnya kisah hidup Rifhan?

Peminat novel, saya galakkan anda membeli dan membaca kisah ini. Penuh kasih sayang, hubungan kekeluargaan. Sekurangnya kita tak disogokkan dengan kisah datuk datin berkereta mewah. Kisah mereka penuh kesederhanaan dan menampakkan kematangan penulisnya.

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...