6.30 pagi - bertolak dari rumah. Sampai di Padang Kota 30 minit selepas tu. Elok je parking kereta, Anas pun bangun. Ke kaunter pendaftaran untuk daftar 2 adik saya.
7 pagi - berkumpul di padang untuk warm up dan ucapan aluan dari Nefrologist.
7.30 - peserta di lepaskan. Ramai peserta yang join dan ini kali pertama saya join. Sepanjang 5 km berjalan sekitar bandar warisan ada 6 checkpoint untuk selfie / wefie. Ada pertandingan untuk selfie ni. 3 checkpoint pertama di kerumi manusia. Agak sugar nk dpt gambar full. Tapi 3 yang terakhir tiada masalah sebab kami ketinggalan di belakang. Maklum la bawa anak kecil.
9.15 pagi - kami berlima tiba di garisan penamat dan diberi goodie bag Sebagai tanda walkathon beejaya di tamatkan. Bangga dengan diri sendiri sebab berjaya tamatkan acara tanpa cramp kaki atau pitam. Selepas kemalangan, saya tak pernah sertai acara sukan walaupun aerobik. Komen saya, tiada air di sediakan untuk peserta sebelum acara dan sepanjang perjalanan walkathon. Dalam goodie bag yang diterima di garisan penamat baru ada air.
Goodie bag yang diterima Selepas tamat walkathon |
Selepas itu, saya pindah ke booth lain. Semak postur badan normal atau tak. Postur badan saya tiada masalah dan di beri pamplet untuk pengetahuan am tentang jagaan postur badan.
Kemudian ke booth Pendermaa organ. Saya dan suami mendaftar sebagai pengikrar derma organ dan dapat saguhati beg yang berisi cenderamata beserta pamplet.
Anas mengamuk nak tidur, lepas tidurkan Anas, letak dalam kereta bersama hubby, saya melawat booth yang ada dan ke pentas menonton persembahan.
Cenderahati di booth yg ada |
No comments:
Post a Comment
Thanks :)