Monday, May 18, 2015

Anas Syauqi - 2nd appointment at Paediatric Clinic

Pejumpaan kali kedua di Klinik Pakar kanak-kanak. Kami suami isteri ambil cuti. Awal-awal dah bangun sebab banyak benda nak setel. Sampai di klinik 9 pagi, timbang, ukur tinggi dan menunggu. Lepas sejam di panggil. Houseman je yang tengok kes Anas. Dia salah faham, ingatkan jumpa di klinik untuk monitor perkembangan sebab refer masa lepas bersalin dulu. Saya pula kena explain sebab warded dan Hb low. Inform yang saya dah trace dulu result iron study dan FBP, dah tunjuk kat MO, Iron pun dah start dekat 2 bulan. Baru dia clear. Dia bincang dengan MO depan meja dia pasal kes. MO nak tau bacaan Hb yang terbaru.

Kena la pergi ambil darah. Hoseman minta balik terus lepas ambil darah tapi saya nak tunggu, curious juga nak tahu Hb berapa. Request sekali nak tahu blood group Anas. Lepas 30 minit, tahu keputusan Hb dan ke klinik semula. Lepas ambil slip ubat terus balik. Lupa nak ambil kad temujanji. Hasil dari temujanji kali ini.

Berat : 9.4 kg
Tinggi : 87 cm
Hb : dari 9.3 naik ke 11

0 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...