Friday, May 15, 2015

AnS Holiday - Ipoh Mali

Salam..
Pembukaan bulan Mei 2015, cuti kelepasan am dan cuti hujung minggu selama 4 hari berturut-turut. Saya dan suami merancang untuk percutian bajet. Lokasi utara juga, tak nak pergi jauh-jauh sebab Public Holiday (PH) semuanya akan mahal dan bersesak. Tak sempat buat research, blogwalking sangat pun. 2 minggu sebelum cuti, call hotel booking untuk 2 malam. Untuk penginapan ada juga buat survey dan baca review. Check di Agoda, Trip advisor dan call beberapa hotel. Kebanyakannya dah fully book. PH kan?

30/4/2015, Khamis

Hotel - RM 220 (2 malam)
Makan - RM 12.70 + RM 22.30
Minyak - RM78 + RM58.50
Tol - RM16.10
Fridge Magnet : RM10


Lepas selesai check up Anas di Klinik Paediatrik lebih kurang 11.30 pagi kami bertolak ke Ipoh. Sampai di hotel 1 petang. Sepanjang perjalanan hujan. Kejap renyai, kejap lebat. Kami stay di Fair World Hotel, Superior room, harga yang kami bayar untuk Gov. rate RM110 / night. Sampai dah boleh check in, tak perlu tunggu jam 3, kena bayar RM300 sekali deposit. Ada WiFi, tiada breakfast. Parking ada tapi limited, toileterries, minuman, kettle ada. Iron ada di luar level. Sejadah kena request.


Lepas solat zohor, kami ke destinasi pertama untuk makan. Plan nak makan tengah hari dulu. Sasaran Mee Daud Mat Jasak tapi malangnya tutup. Masih hujan dan perut lapar. Nampak kedai makan tepi jalan yang jual menu sama seperti Kedai Mat Daud iaitu Mi Kari dan Mi Kicap. Hubby ajak try je makanan di situ. Not bad rasanya. Gerun juga nak masuk sebab langsung tak de pelanggan, fikir positif, mungkin sebab hujan. Nama kedai Mi kari Ipoh.

Rm 12.70 - mi kari 1, bihun sup 1, cucur udang 5 ketul, teh o ais 2
Kami terus ke Kellie's Castle, malangnya hujan lebat dan tak dapat nak bergambar. melihat dari jauh saja. Balik semula ke hotel dan siap-siap isi minyak (katanya esok harga minyak dah naik). Rehat, mandi, dan solat. Lepas maghrib kami ke Medan Selera Taman Kanak-Kanak, misi mencari Satay Endut dan Popia S.S yang popular sangat tu.

Satay order 10 cucuk ayam, dengan harga 70 sen satu. Pendapat saya, sate agak manis, isi banyak, gemuk dan bahagian lemak juga gemuk. Popia pula hanya saya yang nak makan, order 2 saja dengan harga 80 sen satu. Mujur beli 2 je. Tak sedap. Lain-lain kami order Nasi ayam, Nasi goreng ayam, nescafe o ais, teh o ais dan nasi ayam separuh tanpa ayam untuk Anas. Harga Rm 7 (sate) + RM 1.80 (popia) + RM 13.50. Lepas makan kami ke Gerbang Malam, sebelah Medan Selera tu je. Jalan-jalan, hujan renyai-renyai. Beli selipar untuk Anas dan Fridge Magnet Kayu, RM10 3 pcs. Selepas itu kami ke Kinta Riverfront. Masuk toilet bayar 30 sen, toilet busuk, pintu tak leh kunci, flush tak berfungsi. Snap picture dan gerak balik hotel.

1 Mei 2015, Jumaat

Makan : RM 37.60
Bayaran masuk Kellie's Castle : RM10

10 pagi keluar hotel cari makan, ke Medan Selera Dato Sagor. mencuba Roti Bakar Telur Goyang, Kueteow goreng, nescafe ais dan teh o ais. Semuanya RM 10.30

Lepas makan ke Taman Rekreasi Gunung Lang. Orang ramai, cuaca panas, memang tak selesa. Nak naik bot memang kena beratur panjang. Kami bergambar di bahagian luar je. Pulang semula ke hotel, hubby nak solat Jumaat. Tidurkan Anas.

3 petang ke Kellie's Castle, cuaca tak panas tak hujan. Orang ramai, nak bergambar, tunggu turn, tapi nampak juga orang lalu lalang. Kena bayar entrance RM5 seorang tapi tak de sapa pun tunggu untuk cek tiket. Kalau ada yang masuk tak bayar pun boleh. Kanak-kanak bawah 3 tahun tidak perlu bayar. Tips, tak nak penat, guna jalan belah kanan nak naik, jalan belah kiri banyak belok, lebih panjang dan banyak anak tangga nak daki. Habis pusing kami nak cari makan, lapar, belum makan tengah hari. Kami makan di Mi kari Hj Daud Mat Jasak. Ramai orang, nasib baik ada meja baru di kosongkan. Kami makan mi kari, sotong kangkung, mi kicap, nasi lemak, nescafe ais dan teh o ais. Harga RM 15.30


Hajat nak cari Mural Art tapi bila dah habis makan, dah mula hujan. Terus balik hotel. 11 malam, hubby ajak keluar. Kami ke gerbang malam, lebih meriah malam ni banding dengan semalam. Sempat rembat 2 helai AJ. Lepas tu pergi makan di medan selera semalam tapi tukar pergi gerai lain. Order nasi goreng ikan masin (sedap, pedas dan banyak, kongsi 2 orang makan). Anas makan fries. Air teh o ais dan teh ais. Harga RM 12. Lepas makan balik hotel, tidur.

2 Mei 2015, Sabtu

Makan :
Tol : RM 6.40
Souvenir : RM 23

11 pagi, check out hotel. Plan nak pergi mural art dan menara condong sebelum bertolak pulang. Kami makan tengah hari di Hainan Chicken Rice Shop. Kedai area Ipoh je. Memang hajat nak cuba Nasi Ayam Hainan sebelum balik. Kami pesan 2 nasi ayam, saya ayam stim, hubby rosted. Nasi kosong untuk Anas. Minuman pula sirap limau dan Ice Lemon tea. Harga RM22. Servis sederhana. Minuman sampai setelah 10 minit makanan tiba. Singgah di Taman Jepun sebelum mencari mural art tapi tak pusing habis pun.

Selepas makan kami ke 7 lokasi Mural yang terdapat di sekitar Ipoh. Banding dengan Penang, sini lebih mudah jumpa dan tak ramai yang queue untuk bergambar.

Kemudian ke Teluk Intan. Sampai dah petang dan hujan lebat. Banyak khemah sekitar menara. Agak susah nak bergambar. Lepas tu saya mencari fridge magnet. Hobi bila holiday tapi malangnya sangat susah nak jumpa. Tak tahu la sebab hujan, saya tak jumpa, tak pandai cari atau memang tak de jual. Jumpa la juga at last dengan harga RM9.50 satu. Sangat mahal. Biasa saya beli bila holiday RM10 untuk 4. Perjalanan pulang kami ikut jalan lama. Singgah di Bota beli sate, favourite hubby. Murah satenya 50 sen je dan sedap. Tapi lepas sejam beratur baru dapat beli.

Alhamdulillah kami selamat sampai rumah.

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...