Saturday, May 9, 2015

Review Novel : Pilot Cafe

Salam..
Gigih saya habiskan baca novel ni kurang dari 48 jam sebab nak keluar panggung minggu ni. Novel ni memang dalam simpanan, cuma dah lama tak keluar rak. Novel AA tak pernah kecewakan saya, harap filemnya nanti pun tak kecewa la macam filem adaptasi lain.

Sinopsis

Maya lari dari rumah kerana hamil luar nikah setelah kekasihnya, Rashid tidak mahu bertanggungjawab. Di Kuala Lumpur, dia hampir menjadi pelacur dan di selamatkan oleh Ameer. Ameer pemilik Pilot Cafe yang dahulunya seorang juruterbang. Akibat kisah lampaunya, Ameer menjaga Maya dengan penuh tanggungjawab sehingga Maya melahirkan anak. Di Pilot Cafe, Sharmila hadir bersama suami dan anaknya. Nasib Sharmila tidak ubah seperti Maya setelah ditinggalkan Ameer. Ameer cemburu melihat kebahagiaan mereka. Dia kembali ke kampung maya untuk melamar Maya sebagai isteri tetapi Maya telah membuat keputusan untuk mengahwini Rashid.

Ringkas je ceritanya tetapi plotnya sangat menarik, mebuatkan saya terbayang kehebatan cafenya, watak pelakonnya dan buayanya mereka-mereka itu. Siapa mereka itu? Nantikan filem ini di pawagam.

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...