Wednesday, July 15, 2015

Persiapan Raya 2015

Assalamualaikum..
InsyaAllah, lagi 2 hari je Ramadan nak berlabuh dan Syawal menjelma. Ramadan tahun ni agak mencabar. Beberapa kali keracunan makanan angkara beli makanan siap di Pasar Ramadhan dan longlai sebab Anas masih breastfeeding. Persiapan raya tahun ni sederhana sangat-sangat. Perlu menabung untuk rumah dan belanja akan datang. Nampak macam barang-barang yang di jual sangat mahal.

Pakaian

Tahun lepas 2 pasang baju kurung/melayu. Tahun ni sepasang saja. 100% beli, koleksi Gene Martino, senang nak jadi kan sedondon. Untuk Anas shopping extra t-shirt. Itu pun di beli dengan harga borong. Jeans masih mencari. Kami suami isteri, masing-masing 2 helai t-shirt. Hubby sepasang sandal.

Duit raya

Sangat bajet kali ni banding ngan tahun lepas. Keutamaan kepada mak, ayah, adik dan anak saudara saja, itu pun amount kurang 50% dari last year. Sepupu, anak kawan-kawan cut 50% dari last year.

Kuih raya

Seperti tahun-tahun lepas, kuih raya bukan priority. Emak saya buat sendiri kuih seperti biasa. Manakala rumah in law, tak pernah ada kuih raya. So, saya hanya belikan kerepek sahaja. Memang tiap-tiap tahun pun rumah in law macam tu. Tetamu datang nak makan Laksa Beras je.

Cuti raya

Alhamdulillah, tahun ni kami suami isteri minta extra cuti banding dengan tahun-tahun lepas, kami hanya bercuti pada hari raya. Cuti extra untuk berkunjung ke rumah saudara, rakan-rakan. Mungkin nak ke KL melawat anak buah baru.

Jadual Raya kami seperti biasa, seperti setiap tahun pertama perkahwinan. Esok, kami suami isteri masih bekerja. Habis kerja terus pulang ke kampung suami. Pagi raya, sebelum solat Jumaat bertolak pulang ke rumah keluarga saya. Rumah keluarga saya, ada open House. Agenda yang sama setiap tahun. Raya ke2 hingga seterusnya masih belum ada rancangan.

Saya mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Drive safely and happy holidays.


No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...