Saturday, July 18, 2015

White studio RAYA photoshoot 2015


Assalamualaikum..
Tak berapa hari je lagi nak menyambut Syawal dah. Alhamdulillah, walaupun masih breastfeeding Anas, saya masih mampu puasa. Itu pun beberapa hari kena keracunan makanan. Tahun ni paling teruk kena keracunan. 90% juadah berbuka di beli. 

Berbalik pada tajuk, tahun ini masih di teruskan lagi tradisi white studio photoshoot. Tahun kedua berturut-turut. Alhamdulillah, tahun ni saya lebih berpuas hati. Masa dan tarikh mengikut kesesuaian saya. Saya pilih waktu malam, hari Jumaat. Lepas berbuka terus ke studio. Lokasi tak jauh dari rumah parent saya. Mood Anas pun lebih baik waktu malam. Dan dia sangat aktif malam tu. Tapi masih tak bagi kerjasama semasa photoshoot. Shoot mana yang boleh je sebab tempoh shoot pun sejam je. Sebab tak de orang lain,lebih sejam gak kami posing dengan props. Tahun ni ada pakej.

PAKEJ A
Promo Photoshoot Raya
RM90
Shoot Burn - 12 photo fully edited in cd
PAKEJ B
Promo Photoshoot Raya
RM180
Photo Frame 12x18
12 photo fully edited in cd 

Kami ambil Pakej A. Shoot and burn. Nanti rajin-rajin buat photobook. Lagi pun lebih cepat tengok hasilnya.


No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...