Monday, August 10, 2015

Mamil®​ MomMe Saturday event in Penang​

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya join www.woop.my dan salah satu mission dari Dumex Mamil. Saya terpilih untuk sertai event yang di adakan di Penang. Saya leh bawa sorang kawan. Lepas confirm kehadiran, saya perlu reply email untuk details saya dan rakan. 3 hari sebelum event, kawan saya tak dapat nak join. Saya inform dan bawa adik saya. Hari kejadian, hubby drive ke sana dan terpinga-pinga cari lokasi. Dalam hotel tersebut ada berpuluh event hari tersebut. Tanya pengawal pun tak tahu. Kebetulan seorang sis datang bertanya hal yang sama dan kata nya email mention level 5. Rupanya dia bloggers. Saya punya email macam yang atas tu je.


9.40pagi register, Kami di beritahu no meja dan di minta makan dahulu sebelum majlis bermula. Nak bergambar dan make up pun boleh, percuma je dari Laura Mercier. Ada booth yang di sediakan

10.20 pagi majlis bermula, Aisyah Sinclair sebagai emcee. Selepas kata-kata aluan dari penganjur, talk pertama dari Dietitian Loh Guan Lye tajuknya ''Nutrition for Digestive Health''. Kemudian sesi break out. Customer careline dari Mamil datang ke meja dan menjawab soalan kami. Ada 6 emak-emak di setiap meja. Masa di beri lebih kurang 20 minit. Kemudian talk dari Laura Mercier bertajuk ''solekan dalam masa 10 minit''.
Kemudian sesi pemberian goodie bag dan bergambar. Kemudian boleh memanjakan diri di booth belakang atau menjamu selera. Tepat 12 tengah hari, hubby call, dia dah sedia tunggu di bawah. Tak dan nak test make up.

goodie bag
non woven bag, scarf, mamil learning, voucher, tumbler, foundation

event yang menarik, kejap je dah 2 jam. Kalau di beri peluang saya nak join lagi dan kalau boleh masa nya di panjangkan. Mungkin 4 jam. #MamilMomMe


No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...