Monday, September 14, 2015

Pengalaman shopping online di LAZADA

Assalamualaikum..
Belian online, urusan jual beli internet memang tidak asing dah kepada rakyat Malaysia terutamnya wanita. Saya pun dalam golongan itu. Biasa saya beli pada sellet di FB, Ig dan website. Pernah juga beberapa kali beli di Groupon. Tetapi selepas kejadian INI, saya dah tak membeli di Groupon. Untuk website seangkatan dengannya pun tak berani beli. Biras lak ada kongsi bad experience deal dengan ZALORA, maka lagi la saya serik nak membeli.

Kemudian, kawan-kawan spread news pasal offer Drypers 1 box (3 packs) RM99, 2 box (6 packs) RM 168. Free shipping. 1 packs M80 jatuh harga RM 28. Murah sungguh, mana nak cari. Tapi dengan syarat beli 2 box la. Sejak GST ni, memang tak jumpa dah drypers harga bawah RM30. Biasanya RM32. Mulanya plan nak join beli. Saya 1 box, kawan 1 box. Then, dia cakap dia nak beli 2 box. Sudahnya saya proceed beli 2 box sendirian berhad.

Bila klik link yang di beri di group, rupanya deal dengan Lazada. Saya memang tak pernah buat pembelian di situ. takut sejarah Groupon berulang kembali. Kawan-kawan lak kata diorang beli tiada masalah. Dengan Bismillah saya tawakal membeli. Register dulu di website tersebut. Kemudian pergi ke page berkenaan deal Drypers. Terus proceed 2 box. Masuk voucher code dan buat payment.

Saya hadapi masalah untuk payment. Yang pertama lepas masukkan TAC, page mention transaction di batalkan sebab close page maybank2u. Saya tertekan masa tu. Kemudian proceed kali ke2, saya request TAC tapi delay, masukkan yang TAC pertama, invalid. Lepas tu baru sampai TAC no 2. Bila masukkan dah expired. Saya biar dulu lebih kurang 30 minit baru pergi semula untuk pembayaran. Kali ni penuh hati-hati buat dan berjaya. Terima nombor order, email dan sms juga di hantar untuk bukti transaction.
Date saya puchased 30/8/15, eatimate time delivery 8-11/9/15. Hari-hari buka link yang dapat kat email nak tengok status, dah process ke. 1/9/15, di website letak siap packaging, tunggu nak deliver. 2/9/15 masa tengah hari dapat call dari Skynet, tanya tentang alamat rumah. Rupanya dah ada depan rumah. Nak deliver dah.

Tak sampai 8/9/15 dah sampai. Awal 6 hari. Hilang sudah keraguan dan ketakutan. Hehe. Lepas ni boleh beli lagi 😀

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...