Tuesday, October 27, 2015

Review novel: Dejavu cinta


Assalamualaikum..
Berjaya selesaikan bacaan novel ni dalam masa kurang dari seminggu. Sejak kahwin, ada anak, tak de dah nak menghadap novel sehari semalam. Kisah ni menatik. Saya bukan lah peminat tegar karya penulis ni tapi sebab dah habis stok novel kat rumah, saya capai je novel ni di rak kedai buku. Berani beli sebab penulis dah banyak karya. Jujur cakap, saya tak ingat yang mana satu karya nya saya pernah baca.

Sinopsis

Dian Daliya, gadis kaya, memiliki harta tinggalan ibu bapanya tetapi di pelihara oleh pak ciknya yang tamakkan hartanya. Pelbagai cara di lakukan untuk musnahkan Dian. Dian kemalangan, lumpuh, dijaga oleh Mak limah sekeluarga tetapi tidak di senangi oleh anak lelaki mereka, Ridhuan. Mereka berkahwin untuk membantu Dian mendapatkan haknya balik. Ketika cinta mereka mula berputik, sekali lagi mereka di uji. Kereta Dian kemalangan dan Dian dan ayah mentua nya mati. 3 tahun berlalu, muncul DD, wakil syarikat TB datang untuk usahasama bersama syarikat Ridhwan. Wajah DD yang seiras Dian menjadikan Ridhwan nanar. DD telah bertunang. Bagaimanakah akhirnya kisah mereka?

seriously, story ni best, tapi saya sangat malas nak taip. 

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...