Thursday, October 22, 2015

Review Novel - Ulam Cinta Sambal Kasih






Salam..
Saya rasa macam ini kali pertama saya baca hasil karya penulis ini. Beli pun sebab dah buntu nak pilih novel apa, ternampak yang ini dah karyanya yang ke 12. Terus ambil beli dan ia tidak mengecewakan saya.


Sinopsis

Adelia Naurah, chef di Malay Kitchen di sebuah hotel, kepakarannya dalam bidang masakan melayu tetapi minat yang mendalam pada pastri. Perkenalan tidak sengan dengan Syed Idlan melalui teman baiknya tetapi pertemuan mereka bukan lah memori yang indah. Kejadian ini sering menjadi sindiran Syed Idlan kepada Adelia. Mereka berbalas kata dan bertemu di hotel yang sama. Syed Idlan sebagai Pastri Chef. Pertandingan masakan dessert di dalam hotel mereka menjadikan mereka pesaing. Masing-masing ingin menunjukkan kehebatan mereka dan pemenang akan mewakili hotel. Dan mereka berempat adalah pemenang dan perlu bekerjasama sebagai satu kumpulan. Mereka sedar mereka telah jatuh cinta. Kehadiran Chef Joanna yang jatuh cinta pandang pertama pada Idlan merenggangkan hubungan mereka. Apatah laki dia anak kepada pemilik hotel itu. Pelbagai cara di lakukannya untuk menyingkirkan Adelia. Dia menang akhirnya apabila Adelia ditukarkan ke Johor Bahru. Setiakah Idlan pada Adelia?


Kisah ini menarik, cuma dah masuk ending saya dah tak rasa seronok membaca. Rasa macam terlalu laju lompatan dari bab ke bab. Tetapi saya suka jalan cerita di pertengahan. Kisah pergaduhan hinggalah percintaan mereka.

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...