Salam..
Novel di atas adalah novel ke3 Aleya Aneesa. Kebetulan ternampak di kedai buku. Koleksi yang ni belum ada. Maka, capai je la. Gaya bahasa nampak AA masih baru dalam bidang penulisan banding dengan karya sekarang tapi jalan cerita berlainan banding dengan karya yang berlambak di pasaran.
Sinopsis
Dhamyra, anak tunggal kepada Aly Rashid, hasil perkahwinannya dengan wanita Inggeris, Maryam. Perkahwinan yang di tentang oleh ibu bapanya sehinggalah Dhamy terkena tempiasnya. Kehadirannya tidak pernah di senangi. Apatah lagi wajahnya mirip ibunya. Berbanding dengan adik beradik tirinya, dia dilayan seperti orang asing oleh datuk dan neneknya. Dhamy hampir dirogol oleh abang tirinya, dan mereka dipaksa kahwin. Dhamy mengajak Zaeim berkahwin. Perkhawinan mereka tanpa restu tetapi Aly Rashid tetap menjadi walinya. Bagaimana pengakhiran kisah hidup Dhamy? Masalah berlanjutan bila anaknya menghidap sakit jantung dan mereka tidak punya cukup wang. Dia juga di pulau ibu mentuanya.
Kisah ini sedih. Saya tak suka baca kisah sedih.
Hi, saya sangat menyukai blog anda! ZALORA Malaysia kini sedang mencari blogger yang berbakat, dan saya tertanya adakah anda berminat untuk satu kolaborasi blog bersama kami. Anda boleh hubungi saya di izz.latif@my.zalora.com jika anda berminat dengan tawaran ini dan saya akan berikan segala butiran di sana. Harap dapat balasan emel anda secepat yang mungkin!
ReplyDelete