Salam..
Seminggu berjaya tamatkan pembacaan. Permulaan agak slow tapi bila dah masuk bab demi bab semakin laju pembacaan.
Sinopsis
Marissa nekad untuk berkahwin dengan Zafran sebaik sahaja keputusan SPM di umumkan. Dengan beza umur 20 tahun, dia bersedia menggalag tanggungjawab sebagai isteri walau di tentang oleh keluarga. Ayahnya mengizinkan berkahwin sewlah tamat belajar. Mereka bernikah di Thailand. Hampir gila ibu, ayah dan adik Marissa mencarinya tetapi dia pulang dengan berita dia telah bernikah. Marissa dihalau keluar dari rumah, dia tinggal di Johor. Tidak dibenarkan bekerja dan keluar rumah oleh suaminya menjadikan Marissa bosan dan dia meneruskan hobinya melukis. Perniagaan Zafran dalam masalah dan mereka terpaksa berpindah dari rumah teres serba mewah ke rimah flat yang serba kekurangan. Tapi demi cinta, Marissa rela. Hinggalah Marissa disahkan mengandung, Zafran mula berubah. Tembelang Zafran pecah. Marissa ditinggalkan tanpa pesan hinggalah dikunjungi seorang wanita, Marissa mengetahui dirinya hanyalah isteri ketiga Zafran. Dia dikejar lintah darat kerana hutang Zafran dan lebih malang apabila anaknya menghidap masalah jantung. Saat itu kehadiraan keluarganya dan Hadi sangat membantu.
Kisah novel ini menarik,lebih kepada kisah keluarga berbanding dengan cinta.
No comments:
Post a Comment
Thanks :)