Assalamualaikum..
Lama rasanya tak membaca novel terbitan Jemari Seni. Selalu beli hasil karya penulis yang dikenali. Hari tu buntu nak beli novel apa, baca blurp dan terus capai. Karya pertama dari Aeliah Mazta. Ok la, not bad. Penuh islamic. Bagus kalau budak sekolah baca. tahu halal haram perhubngan, menjaga batas pergaulan. Adik saya baca, katanya macam gaya penulisan Hlovate je.
SinopsisNak baca novel ni kena fokus, Banyak sangat nama watak terutamanya abang-abang Gna. Tapi dah sampai separuh, ok la, bolehla hadam. tak sabar nak baca ending sebab nak tahu sapa pilihan Gna.
Nageena, Gna anak bongsu, tunggal perempuan dari 5 beradik. Dia dikawal ketat oleh abang-abangnya. Di sekolah selalu bertengkar dengan Keef yang digelarnya 'gigi besi'. Keef pula menggelarnya 'siung'. Mereka saling berbalas. Pengetua mereka akhirnya meminta mereka berdamai dengan Gna perlu mengajar Keef subjek Penulisan sehinggalah SPM. Mereka berdamai tapi masih berbalas kata. Hinggalah Keef sedar dia jatuh cinta pada Gna. Gna menolak. Keef berjumpa ayah Gna bertujuan untuk berkawan dengannya. Akhirnya Gna memberi peluang. Keputusan SPM Gna kurang baik, dia menyambung ke Tingkatan 6, manakala Keef pula menyambung pelajaran ke Universiti. Gna memutuskan hubungan dengan Keef kerana merasakan hubungan mereka masih terlalu jauh untuk di satukan. Gna melanjutkan pelajaran ke UIA. Di sana dia dikejar Zaquen yang tidak paham bahasa dan Hakimi, seniornya. Dia sukakan Hakimi tetapi Hakimi meminta untuk menunggunya sehingga habis belajar. Hubungan itun di panjangkan kepada ayahnya. Kehadiran juniornya yang mengkau sukakan Hakimi mengecewakannya. Apakah kesudahan cinta dan kehidupan Gna?
No comments:
Post a Comment
Thanks :)