Tuesday, December 22, 2015

Antenatal check up 13/52 - second pregnancy

Salam..
Selepas 4 minggu dari tarikh booking, sata di beri tarikh untuk temujanji seterusnya. Macam biasa, saya keje waktu pagi dan petang ambil half day. Dah tahu prosedur, lebih lancar perjalanan saya. Ambil nombor, letak buku merah dalam raga, tunggu nurse panggil nama, ke makmal untuk ujian urin dan Hb, sukat berat, tekanan darah dan jumpa nurse untuk khidmat nasihat dan aduan. Hasil dari temujanji kali ni :-

POA : 13/52
Berat : 67.5 (naik 0.3 kg)
Hb: 12.3
Urine Alb : -ve
Urine Sugar : -ve
BP : 110/70
Nadi : 84

Masa jumpa nurse, saya beri semua ujian darah yang saya dah buat. Sekali kena sound sebab buat MGTT sebelum 12 minggu. Nurse yang jumpa sebelum ni cakap kena buat sebelum 12 minggu. Pastu katanya keputusan tu tak sah sebab buat awal sangat. Kena ulang semula dan masa 28 minggu kena buat lagi.

Saya juga ada buat aduan, saya sakit bahagian bawah sejak beberapa hari lalu dan sakit bahagian tepi perut bila bersin. Katanya, saya pernah czer dan itu normal sebab rahim tengah mengembang. Dah jadi macam dalam pantang lak, setiap kali batuk, bersin kena ampu perut. Kali ni pregnant, Allah mudahkan sebab tak de alahan teruk tapi sakit macam ni lak rasa. Ujian sungguh la untuk ibu-ibu ni. Hargai lah wanita terutamanya ibu anda.

Seminggu lepas tu saya ke Klinik Singapore untuk scan. Seronok betul scan, kalau boleh tiap bulan nak scan. Kali ni pergi lepas kerja, seorang je. Ngam-ngam klinik nak tutup dah. Tak tunggu lama. Doktor pun lebih rileks kali ni. Saja la tanya kot nampak gender. Katanya awal lagi, baru 14 minggu. Semua ok.


0 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...