Friday, January 15, 2016

Antenatal Check up Klinik Pakar 18 minggu (HSJ)

Salam
Sehari lepas appointment di KKIA, saya di arahkan untuk ke Hospital untuk temujanji di Klinik Pakar pula. Ini kerana saya ada sejarah czer. Temujanji 7.30 pagi, saya selesaikan tugas saya dahulu. 9.30 baru saya ke sana, itu pun setelah 2 kali dihubungi oleh staf sana dan tinggalkan kerja yang masih banyak.

Sampai terus ke makmal untuk ujian urin dan booking. Kena temuramah berkenaan data peribadi dan sejarah pembedahan lalu. Kemudian di panggil berjumpa doktor. Sama seperti tadi, di soal berkenaan pembedahan lalu. Masalah kaki saya. Saya di beri surat untuk ortho review dan perlu balas samada saya boleh bersalin normal atau masih perlu normal. Kemudian scan, nak cek keadaan baby. Saja tanya doktor berkenaan gender. Dalam paksa tanpa rela doktor tu check gender. XX. Katanya, masih terlalu awal untuk di sahkan jantina. Dari scan tu semua pun ok, saiz baby, air ketuban semuanya normal. Berat baby dah 200++ gram. (tepat ikut usia kandungan)
Temujanji seerusnya 1/2/2016 untuk keputusan mode of delivery.

4 hari selepas temujanji O&G, saya berjumpa dengan Doktor Pakar Orthopaedik yang tahu berkenaan kisah kaki saya untuk maklum balas dari O&G. Dari balasannya, saya di benarkan bersalin normal.

0 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...