Monday, June 13, 2016

Baby & Kidz Fair vs Food Fiesta 2016



Event : Baby & Kidz Fair / Taste Fully Food
Date : 27- 29 May 2016
Venue : SPICE

Dua-dua event ni kami mesti hadir setiap tahun. Biasa tak buat serentak, pada tarikh yang sama. Tahun ni buat sama, jimat la masa dan semestinya ramai orang dan parking full. Baby fair di level 2, food di level 3. Kami sampai elok masuk waktu Zohor. Traffic menghala ke Pulau clear walau arah bertentangan jammed. Cuti sekolah baru bermula kan.

Hubby drop saya dan Auni di entrance dan dia cari parking. Saya masuk line up untuk registration dulu. Register kaunter lain, redeem goodie bag kaunter lain. Pastu pergi surau tunggu hubby, lepas solat, hubby lak line up untuk registration. 1 goody bag per family. Dah bertahun camtu, sebab nak goodie bag lebih kami beratur asing-asing. Saya kan suka barang free 😁

semua dalam goodie bag except Milna dan oat cereal
Masa ni Auni dah crancky nak tidur, Anas pulak nak saya dukung je. Hubby setel redeem, saya pergi bf dan tidurkan Auni. Hubby alih perhatian Anas dengan maskot dan belon sekitar hall. Masuk semula lepas Auni tidur, melawat booth diapers Mamypoko, Goo.n dan Drypers. Lepas tengok harga pergi kat hubby. Inform kat dia nak beli Drypers untuk Auni. Rm75.70 untuk 2xNB64 dan S82.  Free tikar dan wooven bag.  Masa ni hubby tengah pilih baju untuk Anas. Sepasang RM25, 3 pasang RM60.
Auni pakai size NB lagi.
Setiap pack NB free 4 pcs diapers

Sepasang lagi Anas sarung dalam booth tu juga
Dari both Drypers, saya ke booth yang jual storage bag. Kawan pesan dah untuk saya juga. Grab 9 box, RM10/box. Tu je yang tinggal. 


Masa saya beli ni, hubby di booth Tender Soft. Promotion 1 bag RM10. Dalam beg ada wet tissue 2x80 dan 2x30, kami ambil 3 beg. Dapat free tisu muka dan car sticker. Memang nak beli wet tissue untuk Auni. Di booth Pureen 2x100 RM10. 


Hubby dah ajak gerak ke level atas tapi ada lagi barang saya belum beli. Minyak di booth Pureen dan ada pesanan wet tissue pureen. Minyak RM10, wet tissue RM4 2x30


Itu je booth yang singgah. Bangak lagi booth tapi tak sempat jenguk. 2 kali saya cari port nak breastfeed Auni. Tiada nursing room di sediakan. Ruang antara booth lebih besar dari selalu, mudah untuk pergerakan stroller. 

Naik tingkat atas, lif satu saja dan kecil. 1 stroller masuk dah full, biasa event camni banyak la yang stroller dan ada juga yang wheel chair. Kat waiting area lif kadang ada 3 stroller dan 1 wheel chair. Hubby memang tak nak tunggu lif. Dia angkat je stroller naik tangga. Tapi bila dah ramai ni tangga tu kecil dan lebar tangga muat 2 orang je. Keadaan dalam hall sangat pack. Saya dan hubby memang masalah nak jalan dekat-dekat. Tolak stroller dengan manusia yang tak beri laluan dan SA jerit panggil jual barang, tarik untuk test produk mereka. Tandas sangat kotor. Untuk event ni bagi saya nemang best dan berbaloi. Sedar tak sedar berkeping-keping duit keluar. Ini barang yang kami borong. 



A - RM 45 semua ni. Free tupperware dan bear. 
B - RM 10 favourite Anas
C - RM 10 Anas nak sangat sebab watak Boboiboy. Dalam bag ada 4 box biskut, poster, badge dan sticker. 
D - RM 15 4tin RM8, 8tin harga tu. Free puzzles upin ipin
E - RM 10 untuk 4 botol orange
F - RM24 15pcs RM8, ambil 3 pek free pau
G - RM 15 diskaun seringgit ambil 2 pek + free mug + 4 sachet + roda impian (hasil putaran dapat free 1 sachet)

Itu saja hasilnya. Ikutkan ada nak beli lagi tapi freezer full sekarang. Hubby tak bagi beli. Sedar tak sedar 4 jam gak dalam SPICE. Lepas solat Asar baru balik. Anas dan Auni terlena dah masa hujung waktu dalam hall tu. Lepas tu ergi Queensbay. Hajat nak beli baju, jam dan claim voucher Juice Work. Baju tak sempat beli, Anas crancky. 


0 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...