Friday, June 17, 2016

Cuti Umum 8 Julai 2016


Tentang berita ni dari awal tahun lepas dah ada bunyi-bunyi kat tempat kerja saya di kalangan staf yang kerja waktu pejabat. Fikir logik akan cuti la tapi memandangkan negeri Pulau Pinang saja semua pun ternanti-nanti pengumuman rasmi. Minggu lepas, senior saya copy paste kenyataan dari FB Penang Kini yang 8 Julai cuti tapi saya cari, kenyataan rasmi di website Pulau Pinang takde pun. Bila post kat group kawan-kawan pun diorang tanya kenyataan rasmi. Ye la,nak tunjuk kat bos, HR, mana leh tunjuk ayat copy paste whatsapp. Pagi ni masa sahur saja buka website kerajaan negeri, dah ada. Yeaahhh, boleh la bergembira nak masuk kerja minggu depan. Raya nanti 'beraya' la dari 1 Syawal hingga 5 Syawal. 2 Syawal (Khamis) ada 2 Public Holiday untuk negeri Pulau Pinang. Hari Warisan dan Hari Raya Aidilfitri. Cuti Hari Warisan di bawa ke 8 Julai bersamaan 3 Syawal yakni hari Jumaat. Extra cuti Sabtu dan Ahad. Kalau tak, saya sah dah kena kerja Jumaat. Baru habis cuti bersalin 90 hari, sapa nak bagi sambung cuti raya?

0 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...