Assalamualaikum
Kami berpindah ke kawasan ni awal Mac 2016, penghujung Mac saya bersalin dan hubby survey taska di kawasan sini. Banyak taska di bahagian Fasa 1. Satu persatu hubby ambil nombor telefon dan call. Tanya harga untuk dua beradik, waktu hantar, tempoh operasi dan trial. Trial untuk Anas sebab dia tak pernah tinggal dengan orang lain selain keluarga saya dan umurnya begitu dah pandai. Dah kenal orang sekeliling.
Lepas habis pantang, kami ke taska yang kami pilih nak tengok keadaan bagaimana dan berjumpa dengan pemilik taska. Muda orangnya, baru 27 tahun. Saya berpuas hati dengan keadan persekitaran. Budak yang jaga pun tak ramai. Pekerjanya menjaga bilangan kanak-kanak mengikut piawaian JKM. Dan ia juga berdaftar dengan JKM. Kami bincang semula hal bayaran Anas, Auni dan lain-lain caj. Saya bersetuju untuk mula sesi trial Anas pada 1 Jun. Masa di taska 7pagi hingga 7malam.
1 Jun, Rabu, hari pertama.
Saya dan hubby hantar 7.30 pagi, Anas masa angkat dari bilik dah tErjaga dari tidur. Dalam kereta nak hubby yang dukung. Hubby dukung sambil drive. SampaI sana, pas Anas pada pemilik taska. Dia menangis dengan kuat. Diorang letak di side yang tak nampak kami. Saya borak jap dengan pemilik taska. Inform kelengkapan barang dan nombor saya untuk dihubungi di dalam beg Anas. Masuk dalam kereta, perasaan saya sebak. Sebak tengok anak menangis, nak tinggal dengan orang yang dia tak kenal. 4 petang saya pergi ambil. Kata staff, Anas tengah tidur, belum mandi. Saya cakap tak pe. Dukung masuk dalam kereta, dia dah sedar dan mengalir air mata bila tengok saya. Dia cakap nak susu. Breastfeed dia kejap, lepas tu saya pun tanya nak pergi mana. Bagi la beberapa pilihan, mcdonald, kfc, taman permainan. Konon nak reward. Jawapan dia, "anas, nak balik rumah Anas." sembang-sembang la dengan dia camna kat sekolah. Dia cakap tak best. Dia makan biskut. Sampai rumah dia ajak saya main dekat atas. Saya pun ikut je. Dia senyap je, tak ceria cam selalu. Lepas maghrib baru nampak dia ceria, banyak cakap. 10 malam dah minta nak tidur. Selalunya selepas 12 baru tidur.
2 Jun, Khamis, hari kedua.
Hari ni kami gerak lebih awal. 7 dah sampai sana. Angkat masuk dalam kereta, masih tidur. Sampai taska, masa pas ke staf baru dia terjaga dan terus mengalir air mata. Sua tangan nak saya dukung. Staf terus bawa masuk Anas ke dalam. 5 petang saya pergi ambil. Nampak Anas tengah berdiri di kawasan untuk kanak-kanak baya dia. Dia tak nampak saya. Dengar staff yang Anas panggil teacher beritahu "tu mama dah mai". Dia tengah menangis masa tu. Tanpa suara, air mata je mengalir. Alahai, saya lagi sebak tengok dia begitu banding dengan dia teriak, melolong menangis. Masuk dalam kereta, masih menangis. Saya peluk, pujuk dia. Badan dia panas dan selsema,hidung berhingus. Mungkin sebab banyak menangis. Saya pujuk nak beli makan dan mainan yang dia nak. Mula-mula dia nk kfc, on the way, dia cakap nak McD. Jalan sesak, waktu balik kerja. Tak pe la, demi anak. Sampai separuh perjalanan, dia cakap tak nak McD, nak balik rumah. Patah balik rumah, dalam kereta dia dah bersin. Apa yang saya tanya tentang sekolah dia jawab. Dia cakap makan nasi, teacher suap guna sudu ramai-ramai, teacher marah Anas, teacher yang tudung black, teacher suruh Anas duduk, Anas tak gosok gigi. Itu antara cerita dia yang saya ingat. Sampai rumah, hubby ajak pergi rumah mak. Hubby dukung Anas, dia cakap nak demam ni. Malam ni kalau teruk, tak payah pergi taska esok. Malam tu memang demam makin tinggi. Lebih 3 kali kami mandikan dia. Ubat langsung tak de dalam rumah dan Anas susah untuk makan ubat.
Sehingga Isnin (6/6/16), Anas masih demam, batuk dan selsema. Dan dah mula berjangkit ke Auni. Hubby call taska, inform tak hantar. Tengah hari hubby mesaage saya, katanya nak bagi Anas ke taska tahun depan dan tanya pendapat saya. Pendapat hubby, Anas nampak muram, kurang ceria, suka menangis sejak ke taska dan baru 2 hari di sana dia dah sakit. Saya decide untuk bincang di rumah nanti. Malam tu saya fikir dan masa sahur kami berbincang. Saya setuju untuk hold taska tapi Auni lak camna? Hubby akan tanya mak tentang nak jaga Anas dan Auni. Kalau mak tak setuju, kami akan cari pengasuh atau proceed dengan Taska. Alhamdulillah mak setuju. Mak akan jaga Anas dan Auni. Saya yakin keselamatan mereka dalam jagaan mak. Ye, kami susah kerana haluan ke tempat kerja berlawanan. Tapi saya tak sanggup tengok muka Anas masa pergi hantar dan ambil setiap hari. Tak sanggup tengok Anas tak ceria bila balik rumah, tak petah berkata-kata dan paling buruk, saya tak sanggup mereka berdua sakit. Taska ramai kanak-kanak dan status vaksinasi mereka saya tak pasti. Ketika entri ini ditaip (11/6/2016), Anas masih selsema. Dah lebih 10 hari lepas di taska dan masih belum sihat sepenuhnya. Auni lebih teruk, batuk dan selsema. Sangat kesian bila dengar dia batuk, umpama kita rasa kering tekak dan nak batuk. Pagi ni suara dia menangis pun dah lain. Walaupun Auni tak sempat di hantar, Anas yang hadir hanya 2 hari dan pulang dengan tak sihat telah menyebabkan Auni berjangkit.
***update
12/2/2016 - Anas demam + flu yang belum sembuh dari 1/6/2016.
No comments:
Post a Comment
Thanks :)