Tuesday, June 7, 2016

Salam Ramadhan


Belum terlambat nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan. Moga kita semua diberi kesihatan yang maksimum untuk mengerjakan ibadah.yang penting jangan membazir.

Tahun ke6 berpuasa sebagai isteri
Tahun ke4 berpuasa sebagai Ibu
Tahun ke4 berpuasa sebagai ibu menyusu
Tahun pertama berpuasa sebagai ibu menyusu kepada 2 anak.

Harap tahun ini setiap hari Ramadhan saya sempurna baik dari segi yang wajib atau sunnah. Sekurang-kurangnya yang wajib tu lengkap. Saya dan suami berjanji dan berusaha untuk tak menjejaki PARAM dalam usaha untuk berjimat cermat. Lebih dari 3 minggu Ramadhan saya masih cuti bersalin. Sebaiknya nak masak saja sekurang-kurangnya 1 lauk. Untuk sahur 1 Ramadhan, masak sardin tumis dan nasi goreng. Mujur suami tak cerewet. Ikan sepat dengan kicap pun dia bedal. Nak berbuka ni makan je apa yang ada dan mungkin saya buat bubur nasi je. Bahagin gusi dalam sakit. Tak mampu nak kunyah, menelan mahupun bercakap dengan sebaiknya. Sekian saja, wasalam.



0 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...