Wednesday, August 3, 2016

Percutian keluarga - Lost Worl of Tambun, Taiping

Assalamualaikum.
Kali ini entri berkenaan percutian singkat ahli keluarga sebelah pihak saya, ibu bapa, kami 4 beradik bersama pasangan dan anak-anak. Adik ipar saya tak dapat join sebab berkursus. Dari 12 orang tinggal 11 sahaja. Tarikh pilihan adalah bersamaan dengan birthday adik bongsu kami yang ke 20. Destinasi pilihan ayah saya Zoo Taiping sebab dia dah lama berhajat nak bawa semua cucu ke situ. Lost world pilihan birthday girl. Kami follow saja.

Mulanya plan nak ke Zoo Taiping pada hari Sabtu, bermalam di Tambun dan Ahad mandi di Lost World Of Tambun. Tapi masalah bila mencari penginapan sekitar Tambun dan kami ada majlis pada petang hari Ahad yang perlu dihadiri. Kami tukar plan. Mandi manda pada Sabtu, bermalam di Homestay Bukit Merah dan Ahad baru ke Zoo. Saya dan suami cari homestay. Pening juga nak pilih bila masa dah suntuk. Saya tetapkan kriteria apa yang perlu, suami contact dan saya decide yang mana. Saya ada juga sms beberapa nombor yang junpa di Mudah tapi tak menepati kriteria.

23/7/2016
Sabtu
Minyak 36 liter (x RM1.75)

Kami bertolak jam 8 pagi. Konvoi 2 biji kereta. Selepas sarapan, drive terus ke Kemunting sebab ayah ada janji nak jumpa kawan di sana. 10 pagi sampai Kemunting. 11 pagi teruskan perjalanan. Stop di Sungai Perak, isi minyak. Sampai di Tambun 12 tengah hari. Ada masalah sikit dengan kereta ayah. Pusing cari workshop, beli Mcdonal kat Anas, makan tengah hari baru masuk ke Lost World. Tak ramai orang pun masa beli tiket. 2 orang je kat depan kami. Harga tiket dewasa RM60 dan kanak-kanak tinggi 90cm hingga 12 tahun harga RM53.

Kami semua ada 7 dewasa, 3 kanak-kanak dan 1 bayi. 2 kanak-kanak lebih sikit je 90cm dan nasib baiknya yang jaga tiket tu ukur dan di lepaskan tanpa bayaran. Bayaran hanya untuk 7 dewasa dan 10% diskaun bila Husband guna kad Mesra Petronas.

**TIPS - Boleh jimat sikit jika beli online di website. Dewasa : RM50.94, kanak-kanak : RM45. Sah laku hingga 30 hari.



Masuk cari port nak letak beg, stroller dan tukar baju. Tak leh bawa makan ye. Beg di check di kaunter masuk. Air masak je boleh. Tapi masa kami pergi ni lebih kurang je di check nya. Berjaya seludup fries, nugget dan air oren untuk Anas. Lepas salin baju, mandi. Banyak tempat boleh discover dalam ni. Larat dengan tak je. Orang pun tak ramai sangat. Kali ke tiga dah saya sampai sini. Ada la beberapa benda baru. Lepas 10 minit kami berendam, dah hujan. Bagi Auni tidur dan saya sambung mandi. Bawa Anas pergi tempat untuk kanak-kanak, pastu naik train pusing dalam tu. Hujan makin lebat. 4.30 stop mandi, salin baju, pick up kereta kat workshop dan ke destinasi seterusnya.



Seterusnya, kami ke Taiping. Hajat nak makan Yong Tau Foo, port wajib dan kegemaran hubby, belakang bomba. Lepas makan, gerak ke tempat untuk bermalam. Book di Suria Service Apartment, Bukit Merah. Kami pilih Apartment 2 bilik dengan harga RM180. Kalau walk in RM200++. Pilihan lain yang ada, apartmen 1 bilik dan studio. Actually, sini konsep macam hotel tapi version bajet. Kemudahan asas memang ada di sini. Boleh la untuk last minute plan.

Berbalik pada penginapan kami, rumah fully air cond. Ruang tamu ada sofa bed, tv old school, meja makan 4 seater, sinki, kettle, cawan, mini fridge, 2 bilik air. 1 bilik air dalam bilik. 1 bilik katil king, dan 1 bilik lagi katil queen. Towel, almari, sabun disediakan. Bilik air ada water heater. Kebersihan tiada, bilik air bahagian depan, paip rosak. Fridge berbau, lantai jubin kotor. Kami tinggal dalam 12 jam je. It's Not Recommended. Nasib la malam tu Anas dan Auni tidur tanpa gangguan.

24 Julai 2016
Ahad



10 pagi, check out dan cari kedai untuk breakfast. Jumpa kedai dalam kampung di Gunung Semanggol. Sedap dan murah. Makanan kampung, keli, sambal belacan, keladi. Lepas makan ke Zoo. Harga tiket RM 18, Hubby tunjuk IC, warga perak dapat diskaun 20%. Kanak-kanak bawah 3 tahun percuma. Masuk ke dalam tak de check detail pun. Beg pun tak check, bawa je air ke makanan dan minuman. Tunggu train dan pusing dalam tu. Budak-budak la seronok masuk situ. Kawasan kotor, berbau. Haiwan pun tak banyak.



Lepas selesai pusing, kami singgah RnR Gunung Semanggol, makan dan terus pecut balik kerumah. Ada majlis yang perlubdi hadiri petang nanti.


No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...