Friday, August 5, 2016

Slide the city at EcoWorld

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
30 dan 31hb Julai yang lalu, Slodw the City berlangsung di EcoWorld. Kali ni di Pulau Pinang pula. Masa di Melaka saya menang free slide tapi tak berkesempatan nak pergi. Hubby ajak pergi hari Sabtu tapi di sebabkan penuh aktiviti, Ahad baru sempat pergi. Tu pun dah petang sangat dah.


Masa sampai parking penuh. Pusing seround cari parking. Nasib la ada kereta nak keluar. Jalan pergi entrance. Staf di situ cakap nak masuk slide dah habis tiket. Kami pun ok, sebab pergi bukan tujuan nak slide, tapi nak lawat kawasan je. Tiba di pintu, staf lain cakap boleh nak slide. Wristband ada lagi. Kami pergi register, kena tunjuk kad pengenalan. Ada staf datang tawarkan untuk snap photo kami. Ada photobooth Hawaii konsep. Snap photo dan register. Pakai wristband, masuk tengok show house dalam tu. Cantik sangat interior designer situ. Leh curi idea.



Masuk ke kawasan slide, speechless sangat. Cantik. Rasa semua sudut nak snap picture tapi orang ramai dan teknik tak de. Mula-mula jumpa rumah kayu ada papan gelongsor. Bagi Anas main yang tu dulu. Lepas tu snap photo depan tu. Anas tak bagi kerjasama. Dia mengantuk, Auni pula tidur dalam stroller. Sudahnya kami bergambar berdua. Puas tangkap gambar, balik rumah in law.



No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...