Thursday, September 8, 2016

Reunion Irshadian 99-02 versi 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Reunion SMKA Al-Irshad yang ke tiga. Yang pertama 2010 (kalau tak salah) di Kuala Lumpur, yang kedua di Sungkai pada 2013 dan yang ketiga kali ini juga di lokasi yang sama, Sungkai. Alhamdulillah, kali ni dapat melapangkan masa untuk hadir walau pelbagai dugaan dan cabaran. Mulanya tarikh yang dipilih pada weekend awal Ogos tetapi tarikh tu kami akan ke Langkawi. Masa nak RSVP memang tak dapat attend. Tapi tarikh di tukar ke 1 minggu lewat. Dapat la kami attend. Tarikhnya 13 dan 14 Ogos. Check in/out 12 tengah hari. Lokasi di homestay Sungkai. Sewa 2 buah rumah. Lelaki 1 rumah, perempuan 1 rumah. BBQ dan persediaan memasak di rumah perempuan.

Kami sekeluarga bertolak 12 tengah hari, perjalanan lancar, Anas dan Auni tidur di seat belakang dan saya awasi mereka sambil berbual dengan suami yang memandu. Tiba-tiba kereta bergegar, Anas bergolek atas Auni dan Auni terus menangis. Saya angkat Auni dan tengok ke belakang. Tanya suami, katanya kereta di langgar. Suami bagi signal dan saya pandang belakang, nampak kereta wira dipandu seorang perempuan. Dia nampak macam blur atau mungkin terkejut. Kereta dibawa sangat perlahan dan sangat ketepi. Kereta dia stop dan nampak seorang lelaki berlari keluar dan tukar drive kereta tu. Hubby bagi arahan untuk stop di RnR.

Masa sampai di RnR dah 1.30 petang. Bumper kereta kami di langgar, kemek dan plat kereta patah / pecah. Kereta dia juga kemek di bahagian depan dan plat patah. Yang berkomunikasi hanya lelaki itu. Ditanya cara nak selesai. Suami minta untuk report atau bayar ganti rugi. Di pilih bayar dan bila di minta RM300 dia berkeras untuk beri RM100. Selepas call sana sini dan bercakap. Dia mintak ke workshop kawan dia di Teluk Intan. Dia nak tanggung semua perbelanjaan bila suami kata nak seperti asal termasuk plat kereta.


Saya inform kawan-kawan di whatsapp tentang itu dan kawan kami di Teluk Intan nak follow kami ke bengkel kereta. Singgah di rumah kawan saya dan menuju ke bengkel tersebut dengan bantuan suami kawan saya. Selepas dilihat pada kerosakan kereta, dia perlu bayar RM350++ untuk ketuk dan cat kereta, dan itu tak boleh siap dalam masa satu hari. Bila suami cakap tentang plat yang sama dia tak berjaya dapat seperti asal dan sudahnya diabbayar RM280 pada suami. Itu pun selepas bertikam lidah dengan abang kawasan dia melalui telefon dan info yang putar belit dari dia kepada tauke kedai. Kemudian kami ke kedai untuk buat plat sementara dan singgah makan. Masa tu dah 5 petang dan kami belum makan tengah hari.


Sudahnya kami sampai di homestay hampir Maghrib dan mereka semua sudah siap masak. Lepas solat maghrib, acara bakar-bakar bermula. Lepas makan, aktiviti tukar hadiah, bergambar dan sembang-sembang. Malam yang singkat dan penuh letih sampai Subuh pun tak sedar. Nasib la kawan kejut. Masak sarapan sama-sama, saya tak masak pun. Tengok-tengok je dan lebih banyak berbual. Lepas makan, kemas-kemas rumah sebab nak check out dah. Kemudian gerak ke Sungai Klah. Aktiviti bebas di sini. Ada yang mandi, ada yang jalan-jalan bergambar. Anas dan hubby je mandi.


Plan nak shoot gambar ramai-ramai tetapi salah paham masa komunikasi, maka tak de gambar ramai-ramai di sini. Tetapi kami berempat yang masih tinggal sempat pergi makan dulu sebelum berpisah pulang ke destinasi masing-masing. Kami tidak terus pulang tetapi pergi melawat bapa saudara suami yang rumahnya dekat-dekat situ. Langkah kanan bila kawasan rumahnya penuh dengan pokok buah-buahan yang sedang lebat berbuah. Sempat juga hubby panjat pokok buah manggis. Penuh kereta kami dengan stok buah.


Hujung minggu yang singkat, hanya 48 jam tetapi pelbagai kenangan dan kisah.

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...