Sunday, October 9, 2016

Hari Sukan Negara 2016 - JKKP Telaga Air


8/10/2016 serentak dijalankan Hari Sukan Negara satu Malaysia. Seperti tahun lepas, JKKPA Telaga Air juga tidak ketinggalan. Kalau tahun lepas kami di padang, tahun ni kami buat indoor game di Dewan Lorong Matahari je.


Majlis bermula jam 2petang untuk sesi pendaftaran. 2.45 petang bermula serentak 3 acara iaitu pertandingan mewarna untuk kanak-kanak 12 tahun ke bawah, mengupas nenas dan baling dart. Anas join mewarna, hubby kupas nenas dan saya baling dart. Kumpulan saya dapat tempat kedua. Penyertaan Anas pula dapat set pensil warna dan peralatan menulis.


Kemudian acara boling kelapa. Saya, hubby dan adik ipar satu group. Yang ni kami kalah. Lepas tu bawa bola pingpong dengan sudu, bola sepak tutup mata, dan masukkan air dalam botol guna span. Azan Asar kami stop sebentar, ada yang makan masa ni. Makan petang dan air disediakan. Makan petang bihun goreng dan roti canai dari Nasi Kandar Salam.



Di antara aktiviti yang dijalankan, diselitkan juga dengan penyampaian hadiah. Acara seterusnya kerusi muzik kanak-kanak dan dewasa. Kemuncak mmajlis yang keluarga kami tunggu-tunggu adalah permainan Bingo dan cabutan bertuah. 6.30 petang majlis bersurai.


No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...