Tuesday, October 11, 2016

Redeem rebate tol

Assalamualaikum.
Hari tu ada la viral kat FB pasal claim rebate Touch n Go. Lama dah suruh hubby check status, kad kami ada ke tak de rebate. Pastu asyik bertangguh je nak semak. Bulan lepas saya cek la kat website. Ada rebate rupanya. Inform la hubby suruh pergi redeem. Tak juga pergi sebab kereta saya bawa pergi balik kerja dan laluan saya memang guna tol tanpa tunai. Bertangguh lagi la nak claim. Masa top up kad TnG bulan lepas, tanya pada jurutol tentang redeem. Rupanya di situ (tol Sg Nyior) tak leh redeem. Kena pergi Tol di RnR Bagan Ajam waktu pejabat saja. Bertangguh lagi sebab balik kerja pun dekat pukul 5 dah.

Masa balik kampung, lalu tol, kami singgah nak claim. Ingatkan mana-mana pusat jualan TnG di tol boleh nak redeem tapi tak. Di situ boleh redeem untuk kad Plusmiles je. Yang kami punya cek di website untuk BORR. Masa pergi tanya siap kena tunjuk bukti lagi yang ada amount boleh claim. Nasib la pernah printscreen masa cek di website. Keesokan hari, hubby call office BORR tanya pasal tu. Sama la jawapan macam saya tanya masa top up kad TnG.


Balik kerja saya terus pergi ke Pusat Khidmat Pelanggan TnG di Bagan Ajam. Yang bagusnya dibuka hingga 10 malam. Kejap je urusan di kaunter. Inform nak redeem, bagi kad. Nanti dia cek dalam sistem dan rebate masuk dalam kad TnG. Selesai. Dah nak balik tetiba gadis kaunter tanya, siapa inform tentang claim rebate? Erm... Motif soalan?

RM 6.18 je yang dapat

0 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...