Monday, November 7, 2016
Beli sofa #RumahAnS
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dah 6 bulan pindah rumah, sekejap je. Sejak dapat kunci memang rajin jengah Expo, Fair yang ada kaitan dengan rumah, furniture, electrical. Sambil-sambil tu jengah jugak kedai perabot. Hajat nak bertukar sofa. Sofa fabric L shaped 3 seater dari rumah lama ikut juga kami pindah walau hajat haritu nak tinggal je kat rumah lama. Tapi memandangkan belum ada sofa baru, angkut juga sekali. Masa mula pindah, kemudian bersalin ramai la sedara yang ziarah. Takkan nak duduk di lantai. Carpet pun tak de lagi masa tu.
Bulan Julai baru jumpa yang berkenan di hati kami suami isteri. Asalnya nak pilih yang leather sebab dulu dah pernah guna fabric, susah nak cuci, senang berhabuk. Tapi setelah saya blogwalking, baca review kami pilih fabrik juga tapi material kain berlainan. Jumpa Sofa masa Mega furniture Fair. Syarat kami nak 3 seater L shaped. Ruang tamu pun tak besar sangat nak letak 1 + 2 + 3. Jalan selamat ambil L shaped je. Nanti nak deko tambah la arm chair ke. Kami pilih warna sofa yang nak dan bayar deposit. Sofa tu tak de ready made. Tunggu siap baru kilang hantar ke rumah. Dalam 2 ke 3 minggu baru siap. Lepas pilih colour, pilih bantal lak. Dapat free 2 biji bantal. Pilih leather dark brown nak match kan dengan colour sofa colour cappucino.
Lepas 3 minggu sofa sampai. Masa hantar tu kami baru balik kerja. Tak tengok detail pun sofa. Balik kerja tak de lepak-lepak atas sofa pun. Banyak masa habis di dapur dan master bedroom. Lepas 2 minggu baru hubby perasan ada koyak. Macam jahitan terbuka bahagian tepi. Call sales assistant tanya camna, dia datang tengok leh claim waranti ke tak. Lepas ditengok, esoknya datang ambil sofa untuk jahit semula. Lepas 2 minggu siap.
Sekarang dah 2 bulan sofa tu di rumah kami dan beberapa kali je duduk rehat. So far selesa duduk di sofa tu. Bantal leather 2 biji tu tak best. Licin sangat. Menyesal pilih leather. Tapi kalau tak ada pengalaman tak tahu la keburukan material tu kan? (ayat sedap hati) . Harap-harap entri ni dapat beri sedikit sebanyak idea kepada pembaca dalam membuat pilihan membeli sofa. Berapa harga sofa?
L Shaped 3 seater Fabric Sofa : RM2490
Brandzio Furniture House, Bukit Mertajam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Thanks :)